in , ,

MonoloQue Ajak Anda Menikmati Single Mengapa Dikenang Mengapa Difikir

Mengapa Dikenang Mengapa Difikir Versi Rasmi Telah Selesai “Digaul” Dan Siap Sedia Untuk Dilepaskan Untuk Memuaskan Halwa Telinga!

Al-kisah, proses untuk “buat” semula lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, sudah bermula sekitar akhir tahun 2018, pada masa itu, LoQue memperkenalkan versi ini secara individu kepada ahli kumpulan MonoloQue sahaja.

Sejurus selepas itu, semua ahli kumpulan terus bersetuju untuk menggarap lagu ini bersama-sama. Maka keputusan diambil untuk membawakan Harry “Misteri” untuk bermain gitar, Herda “Geroda” untuk bermain bass, Memey pada Tabla dan sudah pasti LoQue sebagai vokal utama dan gitar.

MONOLOQUE

Akhirnya, setelah lama diperam, Versi Penuh Mengapa Dikenang Mengapa Difikir Versi Rasmi siap “digaul” dan akan dikeluarkan pada hari Jumaat tanggal 04/08/2023 di semua Digital Penstriman Platform (DSP) seperti Spotify, Apple Music dan Deezer. 

“Mengapalah dikenang, mengapalah difikir, jangan membuang waktu, oleh kenangan lalu. Biarkan lah ia pergi..” kata-kata perangsang bijak dari abang Legenda Nusantara, Herman Tino.

Untuk pengetahuan, lagu ini merupakan satu lagu “cover” (nyanyian semula), penghormatan tertinggi untuk penyanyi asal Pak Herman Tino dan buat sang komposer kreatifnya Pak S. Atan. 

Herman Tino adalah seniman yang mempunyai pola pemikiran yang amat berbeza. Dari awal penglibatan beliau dalam bidang seni, Pak Herman Tino telah memilih untuk mengetengahkan identiti Nusantara dalam semua karyanya.

Walaupun pada waktu itu, sekitar tahun 1980 an, muzik lebih berpaksikan glam pop. Selain daripada berkarya melawan arus, Pak Herman juga pernah melakukan beberapa aksi tunjuk perasaan. Yang pertama adalah apabila beliau berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak pada tahun 1989. Sehingga kini, tujuan Pak Herman melakukan perkara tersebut masih manjadi rahsia. Cukup mengagumkan dan memberi inspirasi! 

Rakaman dan gubahan semula kali pertama “Mengapa Dikenang, Mengapa Difikir” oleh LoQue adalah di Makmal Kampung Batu pada tahun 2020. Seterusnya turut ada dilepaskan rakaman semula Versi ketika ‘live show’ dan Versi Sesi Bilik Bedah yang dianggap lebih ‘masak ranum’. 

Kata LoQue, “Kalau dikira, Versi Studio Sesi Bilik Bedah tersebut, sudah cukup untuk jadi versi yang “sedang-sedang sempurna” dan boleh dicop sebagai interpretasi / belasungkawa MonoloQue antara semua versi. Ini kerana, sifat bunyi-bunyiannya sudah 360 darjah dengan elemen gubahan muzik yang lebih padu namun masih tetap jadikan versi asal tidak lusuh ditelan arus globalisasi zaman” 

MONOLOQUE

Untuk Versi Rasmi yang telah dilancarkan pada 04/08/2023, kami juga ada merancang untuk adakan “Versi Istimewa” / ‘Versi Akhir”. “Untuk versi ini, sudah tentu kami berharap dapat bergandingan dengan penyanyi asal, Seniman Pak Herman Tino. Dengan harapan dapat berkarya bersama untuk memuaskan halwa telinga para pendengar semua. Cuma, kami masih tunggu ‘lampu hijau” dari Pak Herman Tino jika beliau ada kelapangan, kami berlapang dada untuk bermula..” seloroh LoQue berjenaka sebelum mengakhiri perbualan.

MonoloQue juga menyeru semua untuk jemput menonton video Mengapa Dikenang Mengapa Difikir Versi Nusafest di laman YouTube Pancasona sebagai ‘ejekan’ (teaser) singgah yang akan dilepaskan pada tanggal 01/08/2023, tiga hari sebelum Versi Rasmi kami dilepaskan. 

Versi Rasmi lagu ini sudah boleh mula di Pra-Simpan mulai sekarang agar anda tidak ketinggalan pada tanggal 04/08/2023 nanti. 

Sebarang info lanjut mengenai audio Lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir Versi Rasmi, terus hantarkan emel anda ke [email protected] atau hubungi 012-2032585 (Penerbitan Pancasona). 

Mengenai MonoloQue 

Kumpulan muzik MonoloQue telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pemain gitar kumpulan Butterfingers, Khairil Ridzwan Anuar atau Loque. Pada awal penubuhan, MonoloQue dianggotai oleh Loque, Kadax, Loko, Ijoo(Gagak Hitam), dan Adam(Senyap). Perubahan anggota kumpulan berlaku pada tahun 2011 dimana Adam digantikan oleh Apex. Pada tahun 2014, Loko pula pergi dan tempatnya digantikan oleh Bakri Ismail. Muzik yang dibawakan oleh MonoloQue bergenre eksperimental yang disulami lirik puitis. 

Setelah lebih 1 dekad bermain dan bertukar tukar ahli sementara, pasca pandemik ini menjadi saksi monoloQue lahir semula dengan “Bunyi Baru”. Tindak balas kimia petikan gitar utama oleh ahli baru ( LoQue panggil “unsur baru”, Harry ‘Misteri’ serta penggunaan kembali unsur gendang/rentak yang dihidupkan oleh “orang lama” Loko ( yang bersama LoQue sejak Butterfingers juga awal era MonoloQue ) telah merombak semula secara menyeluruh, memecah ruyung bunyi MonoloQue untuk menyusuri era baru lanskap bunyi bunyian kini, dan masa depan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

azizan osman

Impak Usahawan Dalam Polikrisis Yang Semakin Berpanjangan

RTM Angkat Wira Negara Dalam Negaraku: Budaya, Warisan & Masa Depan