in

Mojo Pertaruh Single Terbaru Romancinta

Selepas melakar kejayaan dengan single hit Andai Ku Bercinta Lagi, MOJO yang memperkenalkan muzik rock era baru berlandaskan irama progresif kini tampil dengan single terbaru berjudul Romancinta. Siapa yang tak kenal dengan nama MOJO, sebuah Super Band di bawah naungan KRU Music dianggotai oleh Aweera (bekas finalis OIAM), selaku vokalis utama, komposer/penerbit ternama Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris dan pemain drum ,Johar (bekas anggota kumpulan TILU).

Mojo Pertaruh Single Terbaru Romancinta

[dropcap]M[/dropcap]enerusi “Andai Ku Bercinta Lagi” selaku single pertama telah berjaya menjulang nama MOJO di persada seni tanah air dan antarabangsa. MOJO telah dinobatkan sebagai “Artis Baru Terbaik” di Anugerah Industri Muzik ke-19, layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27, dan memenangi vokal terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF 2013). “Andai Ku Bercinta Lagi” juga telah meraih pengiktirafan Anugerah 5 kali platinum (melebihi 1 juta muat turun bagi lagu “Andai Ku Bercinta Lagi”) daripada Recording Industry Association of Malaysia (RIM). MOJO terpilih menyanyikan lagu “Dark Clouds” lagu tema filem antarabangsa keluaran KRU Studios “Vikingdom” yang dipasarkan dipasaran tempatan dan 80 buah negara luar yang terpilih mulai 12 September 2013.

Kini, MOJO mempertaruhkan single terbaru berjudul “Romancinta”. ”Romancinta” membawa maksud perasaan romantis di dalam cinta atau merasa cinta di dalam hati. Lagu dan lirik ciptaan Edry ini berkisarkan tentang keperitan seseorang selepas kehilangan cinta sejati, namun tetap setia menunggu cinta agungnya untuk kembali lagi.

“Liriknya yang amat mendalam dan menyentuh jiwa, “Romancinta” merupakan sebuah lagu yang memberi cabaran kepada saya dari segi vokal dan ianya disampaikan dengan penuh emosi ketika sesi rakaman . Kami bersepakat memilih “Romancinta” sebagai single kedua dan kerana yakin dengan kekuatan lagu tersebut yang bakal menyaingi “Andai Ku Bercinta Lagi” kata Aweera, vokalis kumpulan MOJO.

Sejajar dengan rangka promosi yang menyeluruh untuk single “Romancinta”, KRU Music telah membelanjakan kos melebihi RM60,000.00 untuk muzik video “Romancinta” dan diarahkan oleh pengarah muda Waan Hafiz. Selain persembahan mantap MOJO , muzik video “Romancinta” turut menampilkan pelakon popular Amar Asyraf dan beliau telah berjaya melakonkan watak pemuda yang kecewa dengan kecurangan cinta sejatinya. Muzik video “ Romancinta” akan dilancarkan secara rasmi di YouTube penghujung bulan Oktober nanti.

Istimewa bagi peminat setia MOJO, “Romancinta” boleh didapati di dalam EP kedua MOJO yang dipasarkan mulai 20hb September 2013. Berkonsepkan Ruby iaitu bertemakan warna merah EP ini turut memuatkan 2 buah lagu “Dark Clouds” lagu tema filem antarabangsa Vikingdom dan “Romancinta”, serta turut dimuatkan versi instrumental bagi kedua-dua buah lagu tersebut.

EP tersebut akan diedarkan secara digital di i-Tunes dan platform-platform digital, juga pembelian secara online di Facebook United Studios dan bagi pasaran fizikal boleh di dapati di semua cawangan Rock Corner, Muzik Valley dan Speedy berhampiran dengan anda dengan harga RM16.90.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Facebook MOJO https://www.facebook.com/TheMojoNetwork dan saksikan secara ekslusif video muzik video ”Romancinta”.

Mojo

Mojo

Mojo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Kamarul Ajak Isteri Jadi Hos Program Masakan BABA’S Cu-Bits

Shahz Jaszle Bersyukur Keluarga Tunang Terima Semula