MOJO kembali menyusun langkah ke tahun 2016 bagi mengembangkan nada muzik mereka dan meneruskan hiburan kepada peminat-peminat setia di nusantara. Mereka kini muncul dengan single terbaru bertajuk “Kelabu” di mana lagu dan lirik hasil karya Edry Abdul Halim.
Lagu ini menggambarkan kisah seseorang yang tiada motif dalam kehidupan, di mana lama- kelamaan kehidupannya menjadi kabur dan tidak tentu arah. Trek nombor 3 di dalam album MOJO – NADA ini sudah pun mendapat perhatian ramai apabila dijadikan lagu tema untuk sebuah drama bersiri di TV3 bertajuk “Kifarah Mistik”.
MOJO Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul KELABU
[dropcap]K[/dropcap]umpulan MOJO terdiri daripada 4 orang – Ryan Brakhma selaku vokalis , Edry Abdul Halim sebagai pemain synthesizer, Akhadiat Denny sebagai gitaris dan Johar Lucas sebagai pemain drum.
Para pendengar boleh memuat turun lagu ini menerusi iTunes dan melalui mana-mana rangkaian ‘streaming platform’ secara langsung. Bagi mereka yang ingin menjadikan lagu ini sebagai ‘Caller Ringtone’ boleh muat turun di semua rangkaian Telco utama di Malaysia.
Para peminat MOJO boleh mengikuti perkembangan mereka melalui Facebook ‘MOJO’ dan Instagram ‘@thebandmojo’. Lagu “Kelabu” bakal dimainkan di stesen radio di seluruh Malaysia.
Lirik Kelabu – MOJO
Pencipta Lagu / Lirik : Edry Abd Halim
Haru birunya jiwaku
Terkapai hanyut kau hilang meninggalkan
Ku lemas bersendirian di dalam lumpur
Hitam gelitanya kalbu
Rabun membuta mencari pencerahan
Dan hanya ketemuan sesal tak berwujud
Tanpa kamu aku hampir mati
Tanpa kamu kelabu sungguhnya hidup
Hancurnya hatiku yang jelas menjadi kabur
Terdampar semua hasrat hangus dibakar
Hancurnya hatiku
Tuhan sajalah yang tahu
Harapan terkubur semuanya kelabu
Hitam putihnya pelangi di kaki langit
Awan mendung selalu tidak keruan
Hariku dipanah petirmu
Tanpa kamu aku hampir mati
Tanpa kamu kelabu sungguhnya hidup
Hancurnya hatiku yang jelas menjadi kabur
Terdampar semua hasrat hangus dibakar
Hancurnya hatiku Tuhan sajalah yang tahu
Harapan terkubur semuanya kelabu
Tanpa kamu aku hampir mati
Tanpa kamu kelabu sungguhnya hidup
Hancurnya hatiku yang jelas menjadi kabur
Terdampar semua hasrat hangus dibakar
Hancurnya hatiku Tuhan sajalah yang tahu
Harapan terkubur semuanya kelabu