in

Mojo Ambil Pesanan Peminat

Buat pertama kalinya, MOJO mengajak peminat-peminat mereka untuk bersama-sama pekena teh tarik dan bersuai kenal bersama di Restoran Barra, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam semalam.

Antara objektif utama acara ini ialah bagi meraikan kedatangan Ryan (vokalis MOJO) semula ke ibu kota bagi bersama ahli MOJO yang lain untuk meneruskan beberapa kembara acara yang telah diuruskan oleh syarikat pengurusan, KRU Music. Selain itu, para peminat dan orang ramai juga boleh mengenali pembentukan baru kumpulan MOJO ini dengan lebih dekat dan secara santai.

Tepat jam 10 malam, para peminat yang hadir telah didendangkan dengan dua buah lagu hit oleh MOJO, ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ dan ‘Dahsyat’ secara akustik sebagai persembahan pembukaan.
Mendapat sambutan hangat lebih 200 orang yang hadir, peminat-peminat dilihat menyanyi bersama dan ber-selfie bersama MOJO ketika mereka melakukan persembahan.

Edry ambil order

Yang menarik dalam acara santai ‘Teh Tarik Bersama MOJO’ ini adalah kumpulan ini sendiri telah menjadi pelayan restoran dan mengambil pesanan dari orang ramai selama 30 minit.
Artis bawah naungan KRU Music, kumpulan duo #tag juga telah membuat persembahan menyanyikan lagu ‘My Crush’ dan single terbaru mereka, ‘Hey Kamu’.

Kemuncak ‘Teh Tarik Bersama MOJO’ adalah apabila MOJO sekali lagi tampil membuat persembahan penutup menyanyikan lagu hit ‘Romancinta’ dan diakhiri dengan tepukan gemuruh dari semua yang hadir.

Selain dapat berhibur dan beramah mesra, para peminat yang datang diberikan berita baik apabila ketua kumpulan MOJO, Edry A. Halim mengumumkan bahawa para peminat yang hadir tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang bagi pembayaran, kerana semuanya ditanggung beres!

‘Teh Tarik Bersama MOJO’ ini juga turut diceriakan oleh Suria FM: Menceriakan Duniamu di mana Suria FM Ford Wheelers telah bersama-sama memeriahkan acara ini sebagai hos dan memberi pelbagai hadiah menarik untuk peminat-peminat yang sporting dalam permainan yang diadakan.

Peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi juga dapat melihat tiga buah motosikal berkuasa tinggi yang berlainan jenis secara dekat, yang telah dibawakan khas oleh kumpulan Dua Roda.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy menambah,

“Semenjak kemenangan Anugerah Persembahan Terbaik bersama Caliph Buskers di AJL-29 yang lalu, nama MOJO telah menjadi bualan hangat orang ramai. Single mereka yang terbaru berjudul Dahsyat telah meraih jumlah tontonan sebanyak hampir 2 juta dalam hanya empat bulan yang menggambarkan betapa kasih sayang seorang ibu itu amat dihargai. Sesi Teh Tarik ini diadakan khas buat para peminat dan menunjukkan betapa kami amat menghargai setiap sokongan mereka!”

Dalam pada itu, MOJO bakal mengadakan beberapa rangkaian persembahan dan acara sepanjang bulan ini hinggalah bulan Ramadhan nanti. Antaranya, melawat rumah orang tua sempena Hari Ibu dan juga berbuka puasa dan berhibur bersama MOJO.

Selain itu, MOJO juga bakal meriliskan album terbaru mereka yang mengandungi 10 trek lagu termasuk single pertama mereka yang sedang rancak diputarkan di corong-corong radio, Dahsyat, tidak lama lagi.

#tag

MOJO & Suria FM team bersama motor berkuasa tinggi dari Dua Roda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diva Says YES To Season 8 Of Say YES To The Dress Atlanta

Muzik Video Terbaru dari ZE! Berjudul BINTANG