Malah, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahuAn.
“Menariknya pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20 meskipun, dalam keadaan sukar dengan pandemik Covid-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak,” menurut pusat penyelidikan berkenaan dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut pusat kajian tersebut, golongan B40 dan M40 juga turut terlibat tetapi, ianya adalah untuk membayar balik pinjaman mereka. Dan, golongan ini pula masing-masing berusia sekitar 26 sehingga 55 tahun.
Manakala, hanya 48.6 peratus sahaja yang menggunakan wang pengeluaran tersebut bagi tujuan membeli makanan dan barangan kelengkapan dapur.
Justeru itu, pihak UCSI memohon agar rakyat Malaysia terutamanya golongan ini mengkaji dan melihat sendiri komitmen mereka untuk berdepan masa-masa yang sukar terutamanya sekarang ini.