Rakyat Malaysia terbukti paling gagah di Asia Tenggara! KIX HD (Saluran Astro 729), destinasi utama untuk hiburan aksi di Asia, dan Fisherman’s Friend telah menobatkan pegawai tentera, Mohd Saddam bin Mohd Pittli, “Individu Paling Gagah Asia Tenggara†selepas berjaya menundukkan 21 finalis lain dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam pertarungan hebat R U Tough Enough? Asia Tenggara. Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai US$15,000 (RM62,438) serta pengalaman yang pasti dikenang sepanjang hayat. Â
Dari kiri – Annie Chan, Pengarah Eksekutif, Jualan Gabungan, KIX HD; Kareen Woo, Naib Presiden Kanan, Iklan TV, Astro; Mohd Saddam; Geraint Jenkins, Pengurus Jualan & Pemasaran, Asia Pasifik, FISHERMAN’S FRIEND
Baru-baru ini, pertarungan terakhir R U Tough Enough? Asia Tenggarayang telah berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid, benar-benar menduga dan mencabar keupayaan semua finalis yang bertanding, bukan saja menguji dari segi kekuatan fizikal mereka, tetapi ketahanan mental dan daya tahan emosi.
Saddam yang berumur 27 tahun menyatakan isteri beliau sebagai penyokong utamanya. Katanya:
“Saya terlampau teruja sehingga menangis sewaktu mereka mengumumkan nama saya! Walaupun saya telah banyak memenangi maraton dan perlumbaan, tetapi pertandingan ini paling bermakna buat saya! Dengan wang hadiah utama ini, saya merancang untuk membeli peralatan untuk membina ‘bootcamp’ mini saya sendiri bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.â€
Mohd Saddam
“Sungguh mengujakan melihat sambutan hangat yang diterima dari keseluruhan rantau ini terhadap R U Tough Enough? Asia Tenggara sejak beberapa bulan lepas sehingga kemuncak aksi pertarungan terakhir. Kebanyakan peserta memiliki kisah peribadi yang cukup memberikan inspirasi; mereka mengatasi pelbagai cabaran hidup sehingga sampai ke tahap ini. Inilah kisah hidup ketabahan sebenar sejajar dengan kandungan yang KIX HD komited untuk berkongsi dengan semua penonton di rantau ini,”
“Pertarungan akhir yang berlangsung adalah sangat sukar dan sengit, dan ini adalah bukti betapa gagahnya rakyat Asia Tenggara. Kami sangat berbangga dengan Mohd Saddam kerana beliau menjadi contoh sebenar ‘kegagahan’ fizikal, mental dan emosi, dan kami mengucapkan tahniah kepadanya bagi pencapaian ini. “
Betty Tsui, Naib Presiden, Pemprograman KIX HD.
Pengacara R U Tough Enough? Asia Tenggaratahun ini adalah Dutanya Ishaq Vadillo, seorang jurulatih kecergasan Malaysia, dan Hansen Lee.
R U Tough Enough? Asia Tenggaradipersembahkan oleh Fisherman’s Friend, gula-gula tekak yang kuat dengan faedah tambahan, dan rakan kecergasan Celebrity Fitness, rakan penyiaran Astro, penaja lokasi Sunway Pyramid, dan rakan hotel rasmi Dorsett Grand Subang.
Profil Juara R U Tough Enough? Asia Tenggara
Nama: Mohd Saddam bin Mohd Pittli
Umur: 27
Kerjaya: Pegawai Tentera
Ibu Saddam meninggal dunia ketika beliau berusia 11 tahun. Ayahnya bekerja keras mencari nafkah menyara sepuluh orang anak dan pada masa yang Saddam terpaksa belajar berdikari membantu menyara adik-beradiknya pada usia yang sangat muda. Dalam menghadapi kehidupan tanpa belaian kasih seorang ibu, Saddam bangkit dan membuat keputusan untuk menyertai tentera selepas sekolah menengah dengan niat membantu keluarganya. Beliau sangat aktif dalam perlumbaan Spartan, dan juga meminati bola sepak dan larian.
Kata-kata ketabahan: “No pain, no gain; stand up and train!â€