in , ,

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia 

BARANGKALI peluang yang diberikan melangkaui jangkauannya, apatah lagi usia pembabitannya dalam bidang seni masih lagi dikira hijau. Namun, itulah yang dinamakan tuah dan rezeki..

Terlebih dahulu mencipta fenomena menerusi drama rantaian, Melur Untuk Firdaus, kerjaya seni Meerqeen memuncak laju dan di luar jangkaannya, bakatnya turut menarik perhatian produksi Indonesia.

Bertitik tolak daripada kunjungan pertama untuk sesi bertemu peminat di Jakarta, rezeki Meerqeen terbuka luas apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan produksi di sana.

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia

“Memang ini pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Saya gembira kerana kerja keras selama ini tanpa disangka membuka mata ramai, termasuk produksi luar yang mula menyedari kehadiran dan mempercayai bakat saya,” ungkap Meerqeen.

Dia yang baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta, awal bulan ini begitu teruja berkongsi pengalaman menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.

Sudah pasti sebagai pelakon baharu, Meerqeen berbangga apabila mendapat tawaran itu, tambahan pula diberi kepercayaan bergandingan dengan ramai pelakon handalan dalam produksi tersebut.

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia

Jelasnya, web drama berjudul Modus Operandi itu bukan sahaja membuka langkah pertamanya ke sana, tetapi juga memberikan pengalaman baharu untuk terus meneroka peluang kerjasama dengan produksi lain di Indonesia.

“Sebelum ini, saya ke sana untuk bertemu dengan peminat dan memenuhi pelbagai undangan rancangan TV. Rentetan daripada kunjungan pertama itu, lebih banyak rezeki yang mula terbuka untuk saya mencuba.

“Sudah pasti sebagai pelakon baharu, saya gembira dengan tawaran yang datang. Mereka nampak sesuatu dalam diri saya dan ia merupakan penghormatan yang besar, terutama apabila dapat bekerjasama dengan Bank Rakyat Indonesia,” kata pelakon berusia 21 tahun ini.

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia

Modus Operandi yang menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

Menariknya, Meerqeen diberikan peranan sebagai teraju utama dalam drama berkenaan dan gembira dapat bekerjasama pengarah yang cukup berpengalaman iaitu Makbul Mubarak.

“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Ini merupakan produksi pertama saya di sana dan sedikit sebanyak ada perbezaan ketara, terutama dalam cara kerja.

“Tapi, saya gembira kerana mereka banyak membantu, terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga buat saya,” tambahnya lagi.

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia

Meskipun drama berkenaan masih belum ditayangkan, Meerqeen bersyukur apabila dirisik oleh beberapa produksi lain yang melihat potensi dirinya untuk terus menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Tambahnya, dia masih memikirkan tawaran yang diterima, namun tertarik dengan sebuah produksi yang berminat menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk sebuah program TV. 

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan beberapa tawaran yang diterima. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya akan terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.

“Terima kasih kepada semua pihak, terutama peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Tanpa sokongan dan doa semua, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini. 

“Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main. Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” katanya lagi.

Sebagai info, Modus Operandi akan mula ditayangkan pada 4 November menerusi saluran Youtube BRI (Bank Rakyat Indonesia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AZHAN RANI

Setahun Berehat, Azhan Rani Kembali Derma Darah Plasma Kali Ke-50

TV2

Siri Penyiasatan Inggeris, HUDSON & REX Temui Penonton di TV2