Adakah anda gadis atau wanita yang tergolong dalam kategori stail yang unik, berani dan ‘rare’ apabila bercakap mengenai penampilan khususnya dalam pemilihan sepatu?
Jika iya, Naquirkee yang terletak di lantai 3, Suria KLCC adalah butik kasut yang harus anda kunjungi kerana premis perniagaan yang berkonsepkan ‘one stop centre’ ini menyediakan pelbagai rekaan sepatu wanita dari seleksi warna vibrant dan fun!
Memulakan operasi kurang dua bulan lalu, Naquirkee yang dimiliki oleh pasangan suami-isteri ‘Lawyer’, Syed Naqiz Tan Sri Syed Abdul Jabbar Shahabuddin dan Nor Eliza Abu Hassan, dimana kedua-duanya berusia 44 tahun.
Apa yang menarik mengenai butik dengan pelbagai rekaan kasut dari sandals, heels, wedges sehingga ballerina, ia membawakan jenama sepatu antarabangsa terkenal yang belum pernah memasuki pasaran tempatan antaranya Zona Centro dari Milan, Alma En Pena (Spain), Carrano (Brazil), Kanna (Spain) dan Inuovo (Turki).
“Jenama-jenama kasut yang dibawa masuk ini adalah jenama yang cukup dikenali di negara-negara yang disenaraikan. Popular seperti jenama mewah lain namun harganya berpatutan serta mampu milik.
“Paling penting kesemua jenama ini mengutamakan keselesaan buat si pemakai.
“Kalau ikutkan terdapat banyak jenama yang ingin kami bawa perkenalkan di Naquirkee. Walau bagaimanapun jenama yang disenaraikan, mempunyai kelebihan tersendiri kerana rekaannya bagi setiap musim sangat-sangat menarik.
“Ada sesetengah produk apabila membabitkan musim bunga dan panas saja, koleksi yang dikeluarkan cukup menarik. Manakala musim-musim yang lain, kurang mengujakan. Apa yang boleh saya katakan mengenai kesemua jenama ini, keluaran bagi setiap musim konsisten,” kata Eliza.
Jelas wanita yang pernah bertugas sebagai peguam itu, untuk keluaran seterusnya, Naquirkee dalam perancangan berkolaborasi dengan pengusaha kasut Carrano untuk menghasilkan sepatu ballerina beridentitikan Malaysia. Sesudah elemen-elemen ikonik memaparkan wajah Paris dan London, diabadikan dalam rekaan menarik jenama itu.
Eliza menambah, cawangan pertama Naquirkee ini dibuka oleh suaminya selepas mendapat maklum balas daripada pelanggan yang sering mengunjungi butik kasut Florsheim, jenama buatan Amerika Syarikat yang dimiliki suaminya selaku pemegang lisen francais Flirsheim cawangan di Malaysia selama lapan tahun.
Dimana kebanyakan pelanggan khususnya wanita memberi cadangan untuk lebih memperbanyakkan sepatu wanita.
Berbalik kepada Naquirkee, butik kasut ini diberi nama bersempena gabungan Naziq (NA), quirky (QUIRK) dan EE pula adalah pangkal nama Eliza serta tiga anak perempuan mereka.
Quirky atau aneh yang dipilih sebagai konsep serta identiti koleksi sepatu disini adalah untuk memberikan lebih pilihan kepada wanita berani.
Tidak hanya sepatu wanita dewasa dan kanak-kanak, Naquirkee turut menjual accessories menarik seperti rantai, gelang tangan dari kulit ikan pari dan kerbau, cincin termasuk clutch.
Dimana pada Sabtu lalu, Naquirkee menggegarkan KLCC menerusi slot pertunjukan fesyen dinamakan ‘Suria KLCC Unveils A New Angle of Fashion’ bersempena keluaran musim bunga/panas yang turut menampilkan 18 jenama. Antaranya Florsheim, Piquando, Fred Perry, Guess/Guess Kids, Ted Baker, Braun Buffel dan Harley-Davidson.