Demikian kata penyanyi MK K-Clique yang ditujukan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Nur Aisyah Muhamad Azuan yang memperoleh gred A- (Cemerlang) bagi subjek Kimia yang mana sebelumnya pada peperiksaan akhir hanya mendapat 9 peratus.
MK, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI. Difahamkan pada peperiksaan akhir subjek Kimia gagal. Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.
“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya.
MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.
Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi matapelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.
Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.
MK juga berkongsi, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif dsripada PTTI dengan menghubungi mereka secara DM di Instagram.
Terdahulu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.
Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara.
KLIK UNTUK INFO LANJUT:
https://www.instagram.com/reel/CtT0u0DLe2U/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
https://www.instagram.com/reel/Csd058QODd0/?igshid=YmM0MjE2YWMzOA==