in

Mitchell Mahu Bangkit di Jerman

Mitchell Cheah,pelumba sensasi negara dan wakil tunggal dari Asia dalam saingan ADAC TCR Germany Touring Car Championship, tekad untuk bangkit pada pusingan seterusnya selepas kecewa pada kedua-dua perlumbaan minggu lepas yang telah berlangsung di Sirkit Zandoort, Belanda.

Pelumba yang berusia 21 tahun itu memulakan perlumbaan dengan baik namun nasib tidak menyebelahinya atas faktor cuaca dan kerosakan  teknikal dan memaksa beliau menamatkan saingan lebih awal.

Mitchell Mahu Bangkit di Jerman

“Keadaan cuaca  yang tidak menentu menjadikan ia amat sukar buat saya semasa sesi kelayakan pada pagi Sabtu. Namun saya berjaya memasuki pusingan kedua ujian kelayakan.

“Pada awalnya, matlamat kami adalah untuk berada di kelompok 10 terbaik namun ianya tidak membuahkan hasil kerana catatan masa yang kurang memuaskan dan saya terpaksa berpuas hati di tempat ke 12.”

“Semasa perlumbaaan pertama, saya mahu lakukan yang terbaik dan pasukan juga yakin saya mampu melakukannya memandangkan kereta saya dalam keaaan yang amat baik.

“Saya berjaya mengatasi empat orang pelumba di depan saya tetapi malangnya saya telah dilanggar pada bahagian belakang dan ia memaksa saya untuk menamatkan perlumbaan.

“Pada perlumbaan kedua pula, saya berjaya memperbaiki pemanduan dan berada di kedudukan kelapan tetapi pada lima pusingan terakhir asap mula keluar dari keretadan saya tiada pilihan lain selain menamatkan perlumbaan tersebut.”

– Mitchell

Walau bagaimanapun, Mitchell berazam untuk melupakan episod malang yang menimpanya minggu lepas dan mahu memperbaiki kedudukannya pada pusingan yang berikutnya.

Mitchell Mahu Bangkit di Jerman

Pemandu dari Program Pembangunan Bakat Litar Antarabangsa Sepang itu berkata,”

“Ini merupakan kali pertama untuk saya berlumba di litar tersebut dan saya hanya melalui dua sesi latihan sahaja.

Jadi, ianya amat sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri.

Tetapi saya berazam untuk bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan saya pada pusingan yang akan datang.”

– Mitchell

Sementara itu, bekas pelumba Formula 1 negara, Alex Yoong yang menjadi mentor kepada Mitchell, yakin bahawa pemandu muda itu mampu bangkit dari kekecewaan di Belanda minggu lalu.

“Secara jujur, Mitchell berjaya mencuri tumpuan serta memandu dengan baik memandangkan ini merupakan kali pertama beliau berlumba di litat tersebut.

Cuma nasib tidak menyebelahinya kerana terlibat dengan pelanggaran pada perlumbaan pertama dan terpaksa menamatkan saingan diperlumbaan kedua atas masalah terknikal.

Kita masih mempunyai masa dan saya yakin Mitchell mampu memperbaiki kedudukannya pada pusingan akan datang,”

– Alex

Saingan ADAC TCR Germany Touring Car Championship yang kini telah memasuki musim yang keempat akan diteruskan di Nurburgring, Jerman pada 16 sehingga 18 Ogos untuk perlumbaan pusingan ke 9 dan ke 10.

Mitchell Mahu Bangkit di Jerman

About Axle Motorsport:

Founded in 2008, Axle Motorsport (Axle) is the brainchild of Malaysia’s premier Formula 1 racing driver Alex Yoong. Embodying Alex’s drive and passion for the sport, Axle provides progressive avenues to the motorsports industry. Itconsists of key management team and staff that have developed a full range of expertise in managing and operating manufacturers and private motorsport programmes, and the development of motor sports series locally and regionally.

As the global dimension of this sports platform becomes increasingly prominent, Axle prides itself in growing leaps and bounds in the decade since its inception

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

airasia

Ada Sebab AirAsia Mahu Mansuh Bayaran Pemprosesan

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA Lakonan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah