Drama bersiri empat bahagian ini mengisahkan cinta segi tiga antara dua wanita yang telah bermusuhan sejak zaman sekolah menengah, dan pasti akan menghiburkan hujung minggu anda! Tiga episod yang seterusnya akan disiarkan masing-masing pada 26 Februari, 4 Mac dan 5 Mac.
Drama bersiri yang dinanti-nantikan ini bakal membuai emosi semua peminat drama di negara! Diterbitkan oleh Imaginal Pictures di bawah arahan pengarah berbakat, Tam Suhaimi, Miss Match dibintangi Kilafairy, Bella Dally, Mimi Lana dan Atiq Azman bakal disajikan secara eksklusif di WeTV dan percuma untuk sesiapa sahaja yang menonton atas permintaan (on-demand), baik menerusi peranti mudah alih, aplikasi telefon pintar WeTV, mahupun laman https://wetv.vip/en.
Cinta Segi Tiga dalam MISS MATCH Secara Eksklusif & Percuma di WeTV
“Di WeTV, kami sentiasa mendukung visi untuk menyediakan filem serta rancangan bermutu tinggi kepada penonton tempatan kami. Selaku peneraju industri dalam dunia hiburan tempatan, kami percaya ianya tanggungjawab kami untuk memberi peluang kepada para artis yang sedang mencipta nama bagi menonjolkan bakat mereka. Menggabungkan aspek-aspek ini, Miss Match adalah antara banyak kandungan WeTV Original yang disiarkan tahun ini. Kami memahami betapa pentingnya masa menikmati TV buat rakyat Malaysia, baik bersantai di sofa bersama keluarga atau rakan, mahupun bersendirian sambil menikmati secawan mi segera, dan kami berada di sini untuk menghiburkan mereka,” kata Aik Kuang Heng, Pengurus Negara WeTV Malaysia.
Miss Match mengisahkan Melissa, hos program bual bicara bertajuk “Berdua Bersatu”, sebagai ‘cupid’ yang membantu individu mencari pasangan hidup mereka. Yang ironinya, Melissa masih tidak berpasangan pada masa itu.
Namun, semua ini berubah apabila Melissa dijemput sebagai ahli jawatankuasa untuk pertemuan sekolah menengahnya, yang menemukannya dengan musuh lama, Adrea. Melissa yang telah bersedia mencari teman hidup tidak sedar akan ‘angkara’ dua rakannya yang membawa Harris ke dalam hidupnya.
Namun, siapa sangka Harris rupa-rupanya bekas kekasih Adrea, sekaligus mencetuskan permulaan satu konfrontasi yang mendebarkan!
Seperti semua penonton, Kilafairy yang menghidupkan watak Melissa dalam drama bersiri ini begitu teruja untuk menyaksikan jalan cerita kisah ini.
Menurutnya, “Miss Match menceritakan bagaimana pengalaman masa lampau dapat menghantui seseorang, di samping meneroka aspek-aspek sensitif dan rumit di sebalik dinamik sosial. Walaupun mencipta nama sebagai wanita berjaya dan hos rancangan bual bicara tempatan yang terkemuka, protagonis Melissa masih tercari-cari pengesahan orang lain. Adrea telah menjadikan zaman sekolah menengah Melissa satu memori pahit dan oleh itu, jemputan ke pertemuan sekolahnya telah mencetuskan bara dalam dirinya. Saya tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat, tetapi saya amat berseronok memainkan watak Melissa dan mempamerkan banyak aspek perwatakan dan keperibadiannya”.
Episod Miss Match yang seterusnya akan disiarkan pada malam ini (26 Februari), manakala episod terakhir akan disiarkan pada Jumaat depan (5 Mac). Nikmati rancangan ini secara percuma di https://wetv.vip/en dan ikuti https://www.facebook.com/WeTVMalaysia di Facebook untuk maklumat lebih lanjut.