Menyedari akan hakikat tersebut, saluran komedi pertama; Astro Warna bergandingan dengan rumah produksi Vision Works untuk memperkenalkan program MISS LAWAK, sebuah rancangan pertandingan realiti komedi yang mengenengahkan bakat-bakat pelawak wanita di Malaysia di samping mengangkat taraf dan potensi golongan ini dalam dunia komedi.
Program ini membariskan seramai 18 orang pelawak wanita serba boleh yang berentap untuk merebut gelaran “Miss Lawak” seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai dan sebuah trofi kemenangan.
Terdahulu, sesi ujibakat terbuka telah diadakan pada awal Februari lalu dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan peringkat umur.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengetahui siapakah di antara mereka ini yang bakal menjadi pelapis nama-nama besar dalam arena komedi tanah air seperti Sherry Al Hadad, Jihan Muse, Didie Alias, Syarifah Shahirah, Syarifah Sakinah, Amyza Aznan, Enot dan ramai lagi.
Menarik lagi, Miss Lawak akan turut menampilkan primadona filem Melayu, Erra Fazira sebagai salah seorang Juri Tetap dan beliau akan ditemani oleh satu lagi nama hebat yang begitu disegani ramai.
Siapakah beliau? Kita nantikan pengumuman di sesi Sidang Media & Pengenalan Peserta / Juri / Hos Program “MISS LAWAK” yang akan diadakan pada 27 Februari 2019 (Rabu) jam 3.00 petang.