in ,

Yang Korang Patut Tahu Tentang Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Memilih pasangan bercinta kadang kala sukar sekiranya hendak memilih antara bidang pekerjaan. Begitu juga dengan dilemma pelakon jelita, Neera Azizi yang perlu memilih kekasih hatinya.

Pilihannya adalah antara cikgu kepada adiknya yang bergaji sederhana tetapi lengkap budi pekertinya atau seorang juruterbang yang bergaji besar tetapi terlalu mengongkong? Segala jawapan bagi persoalan ini akan terjawab dalam drama yang bertajuk MISS KAPTEN CIKGU WAIZ.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Lizza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz dan Zalfa Zin, drama 13 episod ini diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd dibawah arahan Yeop Hitler, akan ditayangkan dalam slot Lestary, TV3.

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Biarkan Cinta Terbang Ke Hatinya

Menurut Pengarah Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, saudara Yeop Hitler, “Drama ini amat berlainan dengan drama lain dari segi bidang pekerjaan watak utama iaitu seorang juruterbang. Kebiasaannya drama tempatan kita akan memperkenalkan watak utama lelaki sebagai juru terbang, namun drama ini memperkenalkan seorang juru terbang wanita sebagai bidang pekerjaan watak utama. Tambahan pula, dalam kegemilangan watak utama itu, tersirat juga konflik keluarga yang membebankan benak fikirannya. Selain itu, drama ini menarik kerana kami mendalami ilmu penerbangan juru terbang daripada juru terbang sebenar. Sehinggakan Neera Azizi sendiri meluangkan 2 jam untuk mempelajari peralatan di kokpit kapal terbang sebenar. Oleh itu, ini lah yang kami anggap sebagai cabaran kerana kami tiada asas ilmu penerbangan, tetapi dengan hasil kerjasama semua pihak kami dapat harungi cabaran tersebut dengan baik.”

“Selain itu, kami berjaya menamatkan sesi penggambaran drama ini tepat pada masanya, iaitu selama 28 hari. Justeru, sebagai pengarah Miss Kapten Cikgu Waiz, saya serta kru produksi telah lakukan tugas kami sebaiknya dan kami berharap agar para penonton dapat ikuti drama ini dari episod pertama sehingga tamat episod 13.” ujarnya lagi.

Mengisahkan seorang juruterbang, Khalisha (Neera Azizi) yang tidak berkenan untuk bercinta kerana trauma dengan tindakan ayahnya, Pak Megat yang telah berkahwin baharu dengan seorang wanita yang bernama Sofea Gebu. Khalisha telah dikurniakan dengan paras rupa yang sangat cantik dan bakat memandu kapal terbang secara semula jadi, menjadi kegilaan ramai juru terbang di lapangan terbang tempat Khalisha berkerja. Namun, Khalisha tidak pernah memberi perhatian kepada mereka kerana tidak percaya pada cinta.

Khalisha juga membantu ibunya, Mak Eton untuk menyara adiknya, Kamarul yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Rezeki sentiasa memihak kepada keluarga Khalisha kerana Kamarul juga mewarisi kepintaran kakaknya dimana Kamarul merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Kamarul sentiasa tidur di sekolah kerana tertekan dengan keadaan ibunya yang sering bersedih ditinggalkan Pak Megat.

Di sekolah Kamarul, Cikgu Waiz (Erwin Dawson) seorang guru yang tampan dan berwawasan, juga sering menjadi kegilaan guru-guru wanita di sekolah itu. Cikgu Waiz merupakan guru dan abang kepada rakan karib Kamarul, Wahida. Takdir menemukan Cikgu Waiz dengan Khalisha ketika Cikgu Waiz baru pulang daripada berkursus di mana mereka bertembung di lapangan terbang dan secara tidak sengaja, Cikgu Waiz menumpahkan secawan kopi di baju uniform Khalisha. Perkenalan mereka dilanjutkan di sekolah setelah Wahida mengetahui Khalisha adalah kakak kepada rakan karibnya, Kamarul, lalu Wahida ingin menjodohkan Cikgu Waiz dengan Khalisha.

Namun, kerana paras rupa Khalisha dan Waiz yang begitu menawan, mereka sudahpun mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan tidak akan berhenti sehingga Khalisha dan Waiz menjadi milik mereka. Di lapangan terbang, Khalisha sentiasa diperhatikan oleh Kapten Ghaz, manakala di sekolah, Cikgu Waiz sedang digila-gilakan oleh Melati. Selain itu, hati Cikgu Waiz juga sering diburu oleh rakan seperjuangannya ketika di universiti, Julia.

Dapatkah Khalisha bersatu jodoh dengan Cikgu Waiz? Dapatkah keluarga Khalisha mencapai keharmonian mereka semula? Saksikan kisah percintaan Khalisha dan Cikgu Waiz dalam drama Lestary Miss Kapten Cikgu Waiz setiap hari Rabu hingga Jumaat bermula 21 Julai, pada pukul 9 malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook.

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Drama MISS KAPTEN CIKGU WAIZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firefly Includes Alipay in Its Many Payment Options to Book Flight Tickets

Rudimental Launch The Acoustic Video SUN COMES UP Featuring James Arthur