Yakin dengan pengalaman yang pernah mengendalikan program realiti, Azlan meletakkan harapan untuk mendapatkan penyanyi sebenar di pusingan akhir. Namun, apa yang telah berlaku betul-betul memberikan kejutan dan berada di luar jangkaan penyanyi bernada tinggi ini!
ICSYVMY4 diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan sedang rancak bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan juga strim live di www.tonton.com.my. Episod 9 yang baru bersiaran pada hari Ahad lepas juga menyaksikan Dato’ Rosyam Nor dan Didie Alias hadir sebagai penyiasat jemputan di samping panel penyiasat tetap, Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.
Setelah dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Azlan Typewriter dengan lagu beliau, ‘Jangan Khianati Aku’, kesemua penyiasat mula memberikan pandangan mereka tentang enam penyanyi misteri yang bertanding. Mula-mula, Azlan bersependapat dengan Dato’ Rosyam dan Alif Satar yang memilih penyanyi misteri nombor Satu untuk disingkirkan pada pusingan pertama. Sayangnya, Mohamad Hakimi yang berasal dari Kedah ialah seorang pengusaha perkhidmatan penginapan yang mempunyai bakat nyanyian.
Azlan mula bergelut dengan pemilihannya di pusingan seterusnya untuk menyingkirkan dua penyanyi misteri. Setelah membuat pilihan untuk menyingkirkan penyanyi misteri nombor 2 dan nombor 4, Azlan berdebar menanti aksi dua peserta tersebut. Betul tekaan Azlan bahawa penyanyi misteri nombor 4 iaitu Jerahmiel George, seorang pemain bass hanyalah penyamar bersuara sumbang tetapi Azlan terlepas pandang terhadap penyanyi misteri nombor 2. Nur Khadijah yang berasal dari Pulau Pinang merupakan penyanyi sebenar yang sering membuat ‘cover song’ di media sosial. Memilih lagu Yuna, ‘Dan Sebenarnya’ sebagai lagu persembahan, suara lunak Nur Khadijah hanya membuatkan Azlan rasa menyesal dengan keputusannya.
Suasana menjadi semakin tegang apabila Azlan silap membuat keputusan dengan menyingkirkan dua penyanyi sebenar di pusingan seterusnya. Azlan tidak teragak-agak untuk menyingkirkan penyanyi misteri nombor 3 walaupun Datuk Rosyam menyatakan 99.99% peserta ini merupakan orang yang dicari-carikan.
Muhammad Khairussani, 25 tahun, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang tidak kisah apa yang orang cakap buruk tentang bakat nyanyian, kerana yang penting ia dapat membanggakan ibu bapa, ahli keluarga dan sahabat-sahabat di luar dan tempat kerja. Sayangnya, beliau telah disingkirkan dan tidak dapat berduet dengan Azlan di pusingan akhir.
Penyanyi misteri nombor 6 pula membuatkan semua tergamam dengan persembahan beliau menerusi lagu ‘Angkara’ nyanyian asal Siti Nordiana. Nor Saidatul Syafiqah berharap cita-citanya akan dimakbulkan bahawa dapat berdiri di atas pentas besar untuk menyanyikan lagu sendiri.
Mohamad Nor Azli yang berasal dari Johor terpilih sebagai pasangan duet oleh Azlan Typewriter di pusingan akhir. Beliau berjaya menyakinkan Azlan semasa persembahan lip sync dengan gaya persembahan yang mantap. Namun, harapan Azlan untuk berduet dengan penyanyi sebenar menerusi ‘Lagu UntukMu’ tidak kesampaian kerana Mohamad Nor Azli hanyalah penyamar bersuara sumbang yang berjaya mengelirukannya. Beliau yang merupakan pengusaha kuih raya juga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.
ICSYVMY4 dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama, Lazada Malaysia sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.
Jangan ketinggalan untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam di TV3. Episod seterusnya akan menampilkan Adira sebagai artis jemputan manakala Bella Astillah dan Atu Zero sebagai penyiasat jemputan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.