in , ,

Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Pastinya persiapan menyambut hari raya menjadi perkara utama yang digemari ramai, terutamanya buat kaum hawa yang menginginkan gambar raya yang cantik.

Hari Raya Aidilfitri ialah hari gembira untuk diraikan bersama insan-insan tersayang di mana kita semua boleh bertemu mesra, melakar kenangan manis sambil bergembira bersama keluarga tercinta.

Tradisi ini terus disuburkan dalam kempen baharu Swarovski yang membawakan keriangan, kebersamaan, serta keindahan setelah melalui tempoh masa penting dalam bermuhasabah diri dan memupuk kesyukuran.

MIRA FILZAH

Pihak Swarovski hari ini (20 Mac) telah mengadakan satu majlis Swarovski Raya 2023 dan makan tengah hari bersama pengamal media di Hotel EQ, Conservatory.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Lars Schmidt merangkap Pengurus Besar Asia Tenggara dan India Swarovski.

Antara rekaan-rekaan hebat Swarovski sempena Hari Raya 2023 yang menawan untuk dipakai ialah kalung, gelang, cincin, anting-anting, dan jam tangan daripada rumpun Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma, dan Millenia.

Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya 2023

Apa yang lebih menarik, pelakon dan usahawan terkenal tanah air, Mira Filzah telah diumumkan sebagai bintang serta wajah untuk kempen Swarovski Raya 2023.

Dalam usaha menjelmakan glamor Swarovski, Mira menginspirasikan wanita-wanita lain untuk meneroka barang kemas dalam masa sama bergaya bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri.

Saya amat teruja dapat menjadi wajah bagi kempen Swarovski. Seleksi Hari Raya kali ini merangkumi pelbagai gubahan dan rekaan gemilang bertatahkan Swarovski Crystals bergemerlapan dan pasti sahaja akan menyerikan lagi suasana sambutan. Inilah masanya untuk bersama insan-insan yang disayangi – tiada yang lebih indah meraikannya selain bersama Swarovski.

Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya 2023

Seleksi Swarovski Hari Raya 2023

Seleksi Swarovski untuk Hari Raya 2023 disemarakkan dengan serbaneka warna menyerlah dan rekaan menakjubkan yang tentu sahaja menyentuh perasaan, menikmati keindahan dan kemeriahan bersama. Amat sesuai dan padan sebagai perhiasan diri ataupun sebagai cenderamata.

Antara rekaan-rekaan hebat Swarovski sempena Hari Raya 2023 yang menawan untuk dipakai ialah kalung, gelang, cincin, anting-anting, dan jam tangan daripada rumpun Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma, dan Millenia.

Tersedia dengan kemasan warna emas dan kemasan rose gold, gubahan-gubahan ini mudah digayakan dan dipadankan agar tampak anggun atau mewah.

Sesuai dengan rona-rona hijau tradisional Ramadan, rumpun Millenia menampilkan gaya-gaya baharu halus dengan Kristal hijau tua.

Manakala bagi rumpun Swan Ikonik pula, swan Swarovski digubah semula dengan Kristal hijau pavé segar bercahaya bagai bulan purnama dan berkerdipan laksana bintang.

Seleksi Hari Raya ini ditawarkan untuk pembelian secara eksklusif di gedung Swarovski Malaysia atau secara dalam talian di 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIDZ ROSHDI

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi 2 Kali Lafaz Talak, Kali Pertama via WhatsApp

CEO HONOR Malaysia Sahkan Ketibaan Dua Flagship HONOR Magic Awal April