Rancangan yang diberi nama #EmirAmirah itu dikhaskan untuk dia berkongsi aktiviti harian bersama suaminya, Wan Emir Astar atau dikenali sebagai Emir, 30.
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 27 tahun itu kini lebih bersemangat untuk memuat naik video di YouTube berbanding sewaktu dia masih bujang dahulu.
“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat.
“Sebab saluran itu sudah ada nama dan saya pun mula buat vlog sekitar 2017 tapi tidak menjadi kerana saya rasa malas.
“Jadi, bila bersama suami, kami rasa boleh buat kandungan bersama,” katanya.
– Mira Filzah
Walau bagaimanapun, pasangan itu tetap tidak terlepas daripada komen sinis warganet termasuklah ada yang meluat dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini.
Namun, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menganggap hal itu perkara yang biasa dan dia menyarankan warganet untuk abaikan sahaja video mereka jika tidak berkenan.
“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah.
“Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik,”
– Mira Filzah
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga bersama Emir yang juga merupakan peminatnya pada tanggal 3 September lalu.
Selain itu, dia juga baru menerima anugerah kategori Nona Influencer Award serta tersenarai dalam 100 wanita tercantik Asia oleh media bebas antarabangsa.