Sepanjang tempoh itu, tidak lekang di media sosial berkenaan keharmonian rumah tangga mereka dan sering menjadi perhatian warganet.
Ada sahaja yang menjadi perbualan netizen berkenaan kehidupan pasangan ini yang terlihat sangat sweet dan penuh kasih sayang.
OOTD bersama suami
Baru-baru ini, pelakon berusia 27 tahun itu telah memuat naik Instastory bagi menunjukkan Oufit Of The Day (OOTD) yang digayakan olehnya di hadapan cermin.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah panggilan Mira terhadap suaminya iaitu ‘Bubu’ sehingga dirakam dan dikongsi kembali oleh pengguna media sosial di Twitter.
Mana pulak nama kucing hahaha
Panggilan manja tersebut telah menjadi perdebatan warganet di media sosial dan ada juga yang berseloroh dengan mengatakan bahawa Bubu itu nama kucing mereka dan juga alat untuk menangkap ikan.
Ada juga yang mengakui turut menggunakan panggilan ‘Bubu’ kepada pasangan mereka kerana terlihat comel serta panggilan tersebut dieja dengan ‘Boo boo’ bukan ‘Bubu’ seperti yang mereka sangkakan.
Video yang dimuat naik oleh Mira Filzah adalah ketika baru pulang dari menyambut hari ulang tahun kelahiran adik iparnya serta birasnya iaitu Wan Imar Izzat dan Shama Ainaa beberapa hari lepas.