Dalam kerancakan umat Islam mula menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan, Alif – jenama minyak masak kegemaran rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan lagi suasana dengan melancarkan siri web 10 episod bertajuk ‘Goreng atau Gagal’.
Dihoskan oleh chef selebriti, Nik Michael Imran dan pengacara yang terkenal dengan keletah lucu dan spontan, Yasmin Hani Richardson, siri web ini telahpun mula ditayangkan pada 10 Mei lepas di mana ia telah dijadualkan menemui penonton setiap Jumaat pada jam 10 pagi di laman Facebook Alif.
‘Goreng atau Gagal’ adalah satu idea kreatif daripada Alif yang juga lahir daripada pelbagai komen-komen pengguna jenama minyak masak itu di laman media sosial.
Hasilnya adalah satu siri rakaman percubaan untuk menggoreng bahan-bahan yang dicadangkan oleh pengguna minyak masak Alif sendiri dengan menggunakan produk tersebut.
Di antara bahan-bahan yang dicadangkan untuk digoreng adalah durian, dodol, tembikai, lemang dan lain-lain lagi.
Sebagai seorang chef yang berkaliber, Nik Michael Imran memegang peranan untuk mengolah cara-cara menggoreng bahan-bahan tersebut yang terdiri daripada pelbagai ciri dan tekstur.
Ternyata ianya bukan suatu yang mudah seperti yang disangkakan. Yasmin Hani pula diberi tanggungjawab untuk mengendalikan slot ‘Makmal Goreng’ di dalam siri web lima minit itu.
Antara lain, ‘Makmal Goreng’ memberikan petua-petua yang jarang diketahui umum tentang teknik menggoreng ketika memasak, apatah lagi ketika menggunakan minyak masak Alif agar hasil gorengan akan lebih menyelerakan dan berkhasiat. Selain itu, pelbagai tip positif kehidupan sehari-hari juga akan dikongsi bersama penonton, bertepatan dengan slogan jenama itu iaitu ‘Alif Paling Arif’.
Pada majlis itu juga, Alif telah mengumumkan pelancaran pek istimewa minyak masak Alif bersaiz 5.4kg yang hanya boleh dibeli dalam tempoh bulan Ramadan dan Syawal ini. Kekal dengan harga pek 5kg yang asal, pek bersaiz 5.4kg tersebut adalah unik kepada Alif dan merupakan satu-satunya jenama di pasaran yang mengeluarkan pek bersaiz eksklusif ini.
“Minyak masak Alif merupakan produk keluaran Sime Darby Oils dengan pengiktirafan pensijilan kelestarian antarabangsa.
Ini bermakna proses penghasilan minyak sawit ini dijalankan dengan amalan pertanian terbaik serta mesra alam sekitar bersesuaian dengan istilah ‘from farm to table’– iaitu bermula dari ladang, ke proses pembuatan sehinggalah terus ke meja.
Minyak masak Alif kaya dengan khasiat seperti vitamin E; iaitu sumber antioksidan asli yang berperanan dalam menggalakkan kesihatan jantung dan mengurangkan kolesterol.
Ia juga boleh digunakan berulang kali dan sesuai bukan sahaja untuk menggoreng, malah untuk pelbagai teknik masakan yang lain,”
“Goreng atau Gagal adalah inisiatif kami untuk menghidangkan hiburan kreatif berbentuk edutainmentbagi pengguna-pengguna dan peminat-peminat jenama Alif selain membantu mereka menghidangkan juadah yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga dan rakan-rakan.
Aspirasi Alif adalah untuk membawa keaslian rasa masakan dengan kualiti tertinggi ke setiap dapur di Malaysia,”
– – Mohd Haris bin Mohd Arshad, Pengarah Urusan Sime Darby Oils
Majlis pelancaran tersebut yang juga merupakan Majlis Berbuka Puasa turut dihadiri oleh wakil-wakil Media, selebriti, blogger dan wakil-wakil daripada Sime Darby Oils.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti perkembangan terkini Alif melalui laman Facebook di https://www.facebook.com/officialMinyakMasakALIF/