MINNALfm (92.3fm) Rai Pesta Ponggal Dengan 9 Rancangan Khas
MINNALfm (92.3fm) meraikan Hari Ponggal disambut pada 13 hingga 15 Januari ini dengan menjanjikan pendengar-pendengar setianya sembilan rancangan khas dalam menambahmeriah perayaan ini.
Dua program disiarkan 13 Januari 2013 iaitu program Kalapadam Khas : rakaman di Auditorium Perdana pada 15 Disember lalu (jam 10.15 hingga 11.00 pagi) dan diikuti Drama Khas Ponggal : Ponggal Thantha Parisu, sebuah drama yang mengisahkan tentang konsep dan kemeriahan sambutan Pesta Ponggal (jam 7.30 hingga 8.00 malam).
Menyusul enam rancangan kemudiannya pada 14 Januari 2013 iaitu program ucap selamat “Hari Ponggal” (jam 12.00 malam hingga 3.00 pagi) dimana pengdengar boleh bertukar-tukar ucapan kepada saudara mara dan rakan-rakan yang menyambut Hari Ponggal. Dengarkan juga program Naathaswara Osaiyile (muzik tradisional tabla) yang akan ke udara selama setengah jam mulai 9.30 hingga 10.00 pagi.
Segmen Sinar Pagi Khas : Kaalai Kathir Khas oleh DJ Theyvekgan dan DJ Hari di mana kemeriahan disambut bersama pendengar. Sebelah petangnya pula jam 2.03 hingga 3.00 petang dengarkan program Patham Ondru Padalgal Pala Edisi Khas Pesta Ponggal, penjelasan oleh Encik Paadidorai mengenai Pesta Ponggal bersama pendengar MINNALfm.
Seterusnya berhibur dengan lagu-lagu Ponggal berserta dengan ucapan Selamat Hari Ponggal oleh pendengar menerusi sms dalam program Anantha Thenkatru, jam 5.00 petang hingga 8.00 malam.
Rancangan berkonsepkan perpaduan, musikal ‘Naatu Pura Paadalgal’, jam 10.30 hingga 11.00 malam pula berkongsi hasil seni warisan orang India yang membawa mesej sosial kepada semua pendengar pelbagai lapisan usia.
Warna-warni sambutan Hari Ponggal diakhiri pada 19 Januari 2013, jam 7.30 malam menerusi Program Radio Di Lokasi “Pesta Ponggal” MINNALfm Bersama Pendengar bersiaran dari Dewan Dato Abdul Hamid, Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Selangor.
Berhibur dengan program-program khas sepanjang perayaan Hari Ponggal ini hanya menerusi MINNALfm.