Mini Karnival Tune Talk Bersama Safee Sali dan BoboiBoy
Tune Talk syarikat perkhidmatan prabayar dengan kadar terendah di Malaysia, berbesar hati menaja Mini Karnival Tune Talk bersama Safee Sali dan Boboiboy pada hari ini.
Karnival yang mengambil tempat di Dataran Rembau ini telah di hadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia – YB Khairy Jamaluddin, Pegawai Daerah Rembau – YBhg Encik Mohamad Rawi Baharom, Encik Jason Lo – Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk dan juga Encik Jalluddin Abu Hassan – Ketua Pegawai Kewangan Tune Talk.
Pelbagai aktiviti menarik dapat disertai dengan penebusan tambah nilai Tune Talk antaranya pertandingan futsal, sukan rakyat, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan mereka juga berpeluang untuk menaiki “hot air balloon†terbesar di Malaysia. Untuk adik-adik yang mempunyai cita-cita menjadi pemain bola sepak tanah air, “football clinic†bersama pemain bolasepak terkenal Safee Sali juga dianjurkan. Safee Sali adalah duta syarikat Tune Talk semenjak 2 yang tahun lalu.
Kami juga berkolebrasi dengan kartun animasi BoboiBoy untuk memeriahkan lagi karnival ini. Antara aktiviti-aktiviti yang di sediakan oleh pihak Animonsta adalah pertandingan mewarna, sesi fotografi bersama mascot “BoboiBoy†dan “Yaya†serta pelbagai aktiviti interaktif untuk kanak-kanak.
Pegawai Eksekutif Tune Talk, Encik Jason Lo berkata “Sebagai syarikat perkhidmatan prabayar dengan kadar terendah di Malaysia, Tune Talk sentiasa ingin meluaskan sayap ke merata daerah di tanah air. Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ketua Daerah Rembau kerana memberikan sokongan padu untuk menjayakan karnival ini. Sekalung penghargaan juga buat jawatankuasa Art Gathering Parlimen Rembau atas segala kerjasama yang di berikan. Untuk makluman anda semua, ini adalah karnival pertama yang di adakan oleh Tune Talk untuk meraikan mereka yang berada di luar kota. Dengan kejayaan pada hari ini, kami berharap agar usaha ini dapat di teruskan di daerah-daerah lain pada masa akan datang.â€