Acara tahunan yang meraikan fesyen, trend dan couture, peringkat negeri ini telah dianjurkandi pusat membeli-belah Aman Central sejak tahun 2016 lagi. Tahun ini ia kembali dengan tema ‘4.0’ yang membawa apresiasi fesyen ke tahap lebih tinggi dengan inspirasi dan sumber yang bukan konvensional dan mengujakan.
Pengurus Pemasaran Kanan Aman Central, En. Ken Chin menekankan bahawa minggu fesyen adalah masanya untuk menyerlahkan seni dan avant-garde yang boleh dipakai.
“Fesyen adalah umpana bahasa yang dipertuturkan oleh pereka-pereka fesyen.
Tugas kami adalah untuk menyediakan satu platform untuk mempromosikan diversiti dan inovasi untuk menjulangkan nama Kedah di persada fesyen global.
KFW bukan sahaja memberi peluang kepada pereka tempatan, malah pereka dari negara jiran seperti Yadanar dari Myanmar,”
– Pengurus Pemasaran Kanan Aman Central, En. Ken Chin
Dengan tema 4.0 tahun ini, KFW memberikan pendekatan yang berbeza berbanding dengan peragaan fesyen yang lain dengan memberi peluang kepada para penyewa pusat membeli-belah tersebut untuk memperagakan koleksi terbaru dari mereka. Antara penyewa-penyewa yang mengambil bahagian adalah Studio, SWATCH, ICAHFA, Siti Khadijah, Rina Salleh, Carlo Rino, dan Cosas United.
Buat pertama kali juga akan diadakan malam peragaan fesyen yang dikhaskan buat kaum Adam – “Men’s Night Outâ€.
Bonanza fesyen selama tiga hari ini juga pasti mengujakan para pengunjung pusat membeli-belah ini dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Hafiz Suip, Andi Bernadee, Ara Johari pada malam Men’s Night Out; dan Ernie Zakri pada malam kemuncak.
Pengunjung yang ingin datang ke Aman Central boleh mengunakan kod promo Grab: grabkfw2019 (promo sah untuk perjalanan ke/ dari Aman Central. Diskaun RM 4 x 1 perjalanan adalah terhad kepada 2 (dua) penebusan untuk setiap pelanggan dalam tempoh kempen dari 5 – 8 Julai 2019 sahaja.)
Terdapat pelbagai peraduan seperti OOTD #KFW2019CONTEST – dianjurkan sempena KFW, dengan hadiah yang lumayan dari Pandora berupa kad hadiah bernilai RM100! Sila rujuk laman Facebook Aman Central untuk terma dan syarat peraduan.
Para penaja yang menyokong Kedah Fashion Week 2019 adalah BMW (Lee Motors), Star City, Grab, Sense3, Peak Fitness, Barbara Flower Shop, Bronis, Lyfe dan Muas Mo.
Ikuti perkembangan terkini KFW di laman Facebook @amancentral #KFW2019 #ACfashionweek #amancentral