Kemeriahan warisan citarasa dari Itali yang sebenar akan menjadi tumpuan ramai sekali lagi dengan Minggu Dunia Masakan Itali Edisi Ke-8 2023 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.
Dianjurkan oleh Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Itali, acara global yang juga diadakan di lebih 100 negara akan bermula dari 13 hingga 19 November 2023. Tema tahun ini ialah “Semeja Dengan Masakan Itali: Kesejahteraan dengan Keenakan.â€
Di Malaysia, persembahan kulinari ini dianjurkan oleh Kedutaan Itali dan Agensi Perdagangan Itali di Kuala Lumpur (ITA), dengan kerjasama Dewan Perniagaan Itali di Malaysia (ITALCHAM).
Dua objektif utama inisiatif ini adalah mempamerkan tradisi masakan Itali sebagai ciri khas jenama Itali dan juga meningkatkan eksport pasaran sektor agro-makanan, sambil mempromosikan sektor pelancongan yang berhubung kait dengan itinerari makanan dan wain.
Duta Besar Itali ke Malaysia, H.E Massimo Rustico berkata: “Minggu Dunia Masakan Itali ialah peluang terbaik untuk kita semua berkumpul sambil meneroka dan menikmati pelbagai jenis makanan Itali. Ia bukan hanya acara masakan; tetapi perayaan pertukaran budaya yang mengeratkan hubungan Itali dan Malaysia.â€
Beliau menambah: “Acara ini bukan sahaja meransang cita rasa semua, tetapi juga menyerlahkan kepentingan dalam setiap masakan Itali. Ia adalah perayaan citarasa yang menjangkaui selera. Ini membuktikan pendekatan holistik di dalam tradisi masakan Itali, dengan menggabungkan kelazatan makanan demi kesejahteraan. Di samping menikmati makanan, ia juga meraikan pengalaman yang menghubungkan orang ramai. Kami teruja untuk berkongsi pengalaman ini dengan seluruh Malaysia.â€
Acara yang bakal dinikmati seluruh Malaysia ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran budaya, amalan lestari dalam penyediaan makanan dan juga cita rasa asli dari Itali. Makanan Itali umpama jambatan yang menghubungkan manusia dan budaya, dan acara ini meraikan keunikan gastronomi dari Itali dengan rakyat Malaysia.
Terdapat beberapa matlamat utama bagi acara gilang-gemilang ini. Pertama adalah untuk memperkenalkan rakyat Malaysia kepada keunikan sebenar bahan-bahan dari Itali dengan megetengahkan wilayah asal mereka.
Acara ini diharapkan dapat mendidik penggemar makanan tentang penggunaan bahan-bahan Itali yang tulen untuk memastikan mereka bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang hebat, malah dapat juga meraikan kesejahteraan.
Dengan semangat keunikan masakan Itali, acara ini diharapkan dapat memupuk hubungan rapat rakyat Malaysia, bersama kelestarian dan inovasi dalam penyediaan makanan. Ini bukan sekadar kata-kata; tetapi teras kepada penyediaan makanan Itali yang membuatkannya istimewa.
Duta Besar Itali ke Malaysia, H.E Massimo Rustico turut memperkenalkan dua chef terkemuka dari Itali yang akan mensajikan acara istimewa di Kediaman Duta Itali pada 9 November 2023. Beliau berkata: “Hari ini, kami amat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan dua pakar daripada Institut Profesional ‘Aldo Moro’ bagi Perkhidmatan Makanan, Wain dan Hospitaliti Hotel Santa Cesarea, Cik Patrizia Esposito dan Encik Antonio Rizzo.â€
“Keunikan bakat mereka di dapur adalah legasi bagi Institut yang dibuka pada 1967, di mana ia telah berkembang menjadi sebuah institusi yang membimbing masa depan bakat-bakat baru dalam sektor pelancongan. Saksikan demonstrasi masakan yang menarik ini, dimana anda dapat menyaksikan kepakaran dan keunikan penyediaan masakan dari Itali ke Malaysia.â€
Akhir kata, acara ini juga ingin adalah untuk mempromosi dan menyokong restoran Itali yang tulen di Malaysia yang ini membawa rasa asli dari Itali kepada rakyat Malaysia sambil merapatkan jurang antara budaya dan terutamanya dapat meraikan keenakan masakan Itali di Malaysia.
Sepanjang “Minggu Dunia Masakan Itali’, rakyat Malaysia bakal disajikan barisan acara menarik:
Sidang Media Minggu Dunia Masakan Itali:
Acara hari ini akan berfungsi sebagai pembuka selera eksklusif kepada dunia masakan Itali. Chef Patrizia Esposito dan Chef Antonio Rizzo akan berkongsi pengalaman mereka dalam penyediaan makanan dari Itali. Menerusi demonstrasi masakan yang dipersembahkan, hadirin akan mendapat perspektif unik mengenai seni masakan Itali, sambil meneroka warisan makanan Itali dengan lebih mendalam.
Menu istimewa di restoran-restoran yang terlibat:
Hayati intipati tradisi masakan Itali secara lebih mendalam di restoran-restoran terpilih yang mengambil bahagian dalam acara ini. Nikmati menu yang disediakan khas untuk menyerlahkan resipi tradisional dari wilayah-wilayah di Itali yang menggabungkan bahan-bahan asli. Bukan sahaja mengutamakan citarasa asli Itali, tetapi juga mempromosikan diet makanan Mediterranean dan gaya hidup sihat, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan keunikan rasa rasa dan kesejahteraan dalam masakan.
Makan Malam Bufet oleh Dewan Perniagaan Itali di Malaysia:
Dewan Perniagaan Itali di Malaysia akan menganjurkan makan malam bufet yang mengujakan pada 16 November 2023. Pada malam tersebut, para tetamu akan disajikan dengan acara memasak secara langsung dari chef Itali ternama dari restoran-restoran yang mengambil bahagian, yang juga akan menyediakan hidangan istimewa mereka. Bufet ini akan mempamerkan pelbagai jenis makanan istimewa wilayah-wilayah di Itali dan dilengkapkan dengan wain Itali yang dipilih atau minuman tanpa alkohol.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web: www.italianfestival.info
Instagram: https://www.instagram.com/italyinkualalumpur/
TikTok: https://www.tiktok.com/@eathealthytasteitaly
Facebook: https://www.facebook.com/theextraordinaryitaliantaste