in , ,

Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif

Minaz Melakar Sejarah Baharu, Sebuah Transformasi Yang Cukup Berani. Berjaya Buka Lembaran Baharu Dengan Eksklusifkan Aurat Wanita Yang Lebih Menawan.

Minaz kembali mencuri perhatian dunia fesyen tanah air dengan koleksi terbaharunya, “Seluruh Jiwa” yang dipersembahkan dalam Minaz Fashion Show 2025. Tidak sekadar pertunjukan fesyen biasa, acara ini menandakan transformasi berani jenama ini dalam membawa fesyen Muslimah ke tahap yang lebih eksklusif, sopan, dan elegan.

Kali ini, Minaz memilih untuk memberi penekanan khusus kepada abaya, hijab, dan telekung—suatu langkah yang jelas memperlihatkan visi besar mereka dalam mengekalkan keanggunan wanita tanpa mengorbankan nilai kesopanan.

Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif

Gabungan Tradisi dan Moden yang Memukau

Dalam dunia fesyen yang sentiasa berevolusi, Minaz tidak ketinggalan dalam menyuntik elemen moden tanpa meninggalkan akar tradisi.

“Minaz Seluruh Jiwa bukan hanya satu koleksi tapi ia adalah refleksi sebuah perjalanan, kisah penerimaan diri dan keindahan dalam menghargai siapa diri kita sebenarnya,”

– Hafiza
Minaz

Koleksi ini dihasilkan dengan fabrik berkualiti tinggi, dihiasi perincian halus yang mencerminkan nilai seni dan budaya.

Warna-warna berani seperti emas, zamrud, dan maroon menghiasi setiap helaian, menyerlahkan aura keyakinan wanita moden yang tetap setia pada nilai ketimuran.

Langkah Berani: Fokus pada Abaya dan Hijab

Menurut Hafiza Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Minaz, koleksi ini bukan sekadar satu transformasi, tetapi permulaan kepada era baharu. Keputusan untuk mengutamakan abaya, hijab, dan telekung membuktikan komitmen Minaz dalam membawa fesyen Muslimah ke satu tahap yang lebih eksklusif.

Malah, abaya yang dahulunya sering dikaitkan dengan pakaian Hari Raya atau ibadah kini mula diterima sebagai pakaian harian yang boleh digayakan ke majlis rasmi dan sosial.

Kami mahu mengeksklusifkan aurat para wanita. InsyaAllah, ini bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan baru untuk Minaz.

– Hafiza
Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif

Minaz Blooming Raya Berakhir: Kenangan 15 Tahun

Bagi peminat setia Minaz, tahun ini juga menyaksikan pengakhiran era Blooming Raya yang telah menjadi simbol utama jenama ini selama 15 tahun. Ia pastinya suatu perpisahan yang penuh emosi, lebih-lebih lagi bagi pengasasnya sendiri yang sudah terbiasa menerima OOTD pagi raya daripada pelanggan setia.

Namun, Hafiza percaya bahawa kehangatan dan keterujaan itu akan terus berlanjutan dengan kehadiran Minaz Abaya sebagai signature baru.

Fenomena Minaz Hijab: 200,000 Helai Sold Out!

Tidak hanya tertumpu pada pakaian, koleksi hijab Minaz juga mencipta fenomena tersendiri apabila kempen “Seluruh Jiwa” berjaya mencapai tempahan sebanyak 200,000 helai, manakala koleksi Basic pula terjual sebanyak 180,000 helai.

Jelas sekali, permintaan terhadap koleksi ini sangat luar biasa, malah melebihi jangkaan awal pihak Minaz sendiri.

“Saya sangat sebak dengan sambutan luar biasa ini. Ia membuktikan bahawa masyarakat kini semakin menerima konsep fesyen yang lebih eksklusif dan bermakna,”

– Hafiza
Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif

Apa Kata Budiey?

Melihat kepada perkembangan ini, Budiey berpendapat Minaz berada di landasan yang betul dalam mempelopori fesyen Muslimah yang lebih eksklusif dan elegan. Langkah mereka dalam mengeksklusifkan aurat wanita tanpa mengabaikan elemen moden wajar diberi pujian.

Walaupun ada yang mungkin merasa kehilangan dengan pengakhiran Blooming Raya, perubahan ini pastinya membawa nilai estetika dan fungsionaliti yang lebih tinggi.

Minaz kini tidak sekadar menghasilkan pakaian, tetapi mencipta sebuah pergerakan fesyen yang lebih bermakna. Dengan permintaan yang tinggi, tidak mustahil Minaz akan terus berkembang ke pasaran antarabangsa dan membawa fesyen Muslimah Malaysia ke mata dunia.

Apa pendapat korang? Adakah korang bersedia untuk menyertai perubahan ini?

Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif
Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif
Minaz Seluruh Jiwa: Transformasi Berani, Perincian Fesyen Muslimah Ekslusif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Converse My Memperkasa Seniman Muda Melalui Creative Exploration