Naik turun dalam dunia perniagaan adalah perkara yang biasa. Bermula pada tahun 2010, jenama MINAZ mula diperkenalkan sebagai satu jenama fesyen modest tempatan yang memberi lebih fokus kepada wanita dan keluarga.
Sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan telah menjadi kan MINAZ antara jenama yang dikenali ramai pengguna media sosial dengan pengikut hampir 1,100,000 di semua platform.
12 Tahun Yang Indah
12 Tahun berada dalam industri bukan sesuatu yang mudah, MINAZ sendiri telah melalui tahun-tahun yang sukar sehingga hampir mengalah. Namun, MINAZ positif untuk sentiasa memberikan yang terbaik, unik dan eksklusif dengan cara kami yang tersendiri.
Ada Sebab Kenapa MINAZ Memilih Nelydia Senrose?
MINAZ Hijab kini telah masuk siri ke-empat keluaran dan kami melihat tiada orang lain yang lebih sesuai menggayakan koleksi edisi istimewa Blooming Raya ini selain Nelydia Senrose.
Sejak Nelydia mula diperkenalkan di semua platform digital MINAZ sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan respon dan pendapat yang positif terhadap pemilihan beliau kali ini. Tidak kurang juga yang mendoakan beliau untuk kekal istiqamah berhijab.
Idea untuk melantik NELYDIA SENROSE sebagai muka penghias utama kempen MINAZ BLOOMING RAYA :
Wajah manis dan lembut sangat bertepatan dengan konsep bunga-bungaan yang dibawakan jenama MINAZ. Selain itu juga personaliti yang sopan dan lemah lembut Nelydia telah menambat hati dan MINAZ sangat yakin Nelydia dapat menarik ramai wanita untuk mengenali dan sertai keluarga MINAZ HIJAB.
Selain Nelydia Senrose, Ayana Jihye Moon juga turut dilantik sebagai wajah kempen Raya MINAZ. Kenapa?
Bergelar mualaf sejak usia nya yang muda, kisah Ayana Moon telah memberikan kami inspirasi terutamanya sebagai seorang muslim yang berhijab. MINAZ ingin bawakan bukan sahaja selebriti, malah seorang ikon yang cukup dikenali dan memberikan inspirasi dengan kisah hijrahnya bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.
Pemilihan Ayana Jihye Moon dilihat sudah memenuhi kriteria gadis MINAZ yang manis, seorang yang boleh dipercayai dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Dengan pemilihan Ayana sebagai wajah muka hadapan kempen ini juga membawa harapan untuk memperluaskan lagi jenama MINAZ bukan sahaja di Malaysia, malah sehingga ke negara jiran. Insya-Allah.
MINAZ Kongsi Rezeki
MINAZ HIJAB berkongsi rezeki, menampilkan Nelydia Senrose sebagai wajah utama kempen edisi Blooming Raya, percaturan MINAZ kali ini bantu lebih 4,000 agent stokis seluruh malaysia jana pendapatan dari rumah.
MINAZ mensasarkan 5 orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun 2022 dengan cabang baru perniagaan – MINAZ HIJAB.
Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ HIJAB.
MINAZ Hijab mensasarkan 2 juta helai tudung bawal terjual sehingga hujung tahun ini.
MINAZ Hijab optimis dengan sasaran jualan 2 juta helai tudung menjelang hujung tahun ini dengan misi untuk membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan serta bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Sejak diperkenalkan Ogos tahun lalu, jenama MINAZ Hijab telah mula mendapat tempat dihati penggemar bawal cotton dan kini sedang menjadi bualan hangat dengan kualiti bawal terbaik yang pernah dikeluarkan.
Selain berkongsi rezeki, MINAZ Hijab juga menawarkan tajaan pakej umrah tahun hadapan buat kesemua stokis dan agen yang telah mencapai target jualan bagi tahun 2022.
MINAZ Hijab kini sedang mengisi kekosongan stokis di 3 buah negeri iaitu Melaka, Perlis & Sarawak. Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian keluarga besar kami, boleh hubungi talian hotline 017-626 4858.
1) TENTANG KOLEKSI MINAZ HIJAB
Koleksi ini merupakan perniagaan terbaru MINAZ. Material fabrik yang digunakan untuk koleksi ini adalah Bawal Cotton yang sangat selesa dipakai. Rekaan yang cukup menarik dan eksklusif dari MINAZ dengan kualiti kain kapas yang sangat bermutu tinggi serta pembungkusannya juga setanding dengan jenama yang sangat premium. Harga juga sangat mampu milik iaitu RM29 sahaja.
2) KOLEKSI KE-EMPAT (EDISI ISTIMEWA RAYA)
Nelydia Senrose sebagai muka kempen MINAZ Blooming Raya 2022. Koleksi ini telah dilancarkan pada 31 Mac 2022, 8 jam malam. Cara untuk mendapatkan produk senang sahaja, di mana pembeli hanya perlu menghubungi stokis agent yang terdapat di seluruh negara atau dengan melayari laman rasmi www.minaz.com.my