in , ,

Minaz Blooming Adha ‘Koleksi Haramian Series’ Sasar Jualan RM12 Juta

Kutip RM57 juta tahun lalu, Minaz Blooming Adha ‘Koleksi Haramian Series’ sasar RM10 juta, lakar rindu bumi Haramain pada pemakai

Terus memeriahkan industri fesyen tempatan, MINAZ Blooming Adha muncul dengan koleksi Haramain Series yang diinspirasikan dari bumi Mekah dan Madinah bagi mengubat kerinduan kepada pemakai.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Hamid, terdapat 20 koleksi MINAZ Hijab pada koleksi Aidiladha dan ianya hanya terhad kepada 300,000 helai.

“Koleksi Haramian Series ini diinspirasikan dari bumi Mekah dan Madinah dan saya berharap agar koleksi ini dapat diterima kerana ia begitu dekat dengan diri saya.  
“Terdapat 20 koleksi Minaz Hijab dari material bawal cotton voile dan abaya dari Minaz Apparel. Kami mensasarkan RM7 juta untuk jualan tudung dan untuk pakaian pula RM3 juta. Dan untuk koleksi ini, tiada restock dan ianya terhad kepada 300,000 helai sahaja,”

– Hafiza
Minaz Blooming Adha ‘Koleksi Haramian Series’ Sasar RM10 juta

Hafiza turut mengulas kejayaan luar biasa MINAZ Blooming Raya yang mencatat jualan RM22 juta dalam hanya tempoh dua bulan.

“Target jualan sangat luar biasa dan luar dari jangkaan saya. Untuk Minaz Hijab sahaja mencecah RM13 juta dan Minaz Apparel RM9 juta. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan ekonomi yang terjejas dan saingan dari jenama lain namun team Minaz berjaya membuat jualan yang luar biasa. Saya hanya menumpang rezeki mereka,” katanya

Puan Hafiza ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Minaz Group.

“Saya punya resipi kejayaan di mana selaku pengasas, kita harus turun padang dan tidak boleh menjual stok kepada stokis dan agen habis di situ sahaja. Kita kena sentiasa bekalkan bahan-bahan pemasaran dan selalu buka minda dengan apa sahaja komen yang diterima kerana kita berurusan dengan manusia dan kena lebih memahami. Saya memang 24 jam ada di dalam group leader dan ambil maklum atas apa sahaja komen, kemudian ambil tindakan dan perbaiki.

“Dan saya juga tidak mahu menjual tudung semata-mata. Di sebalik tudung Minaz itu ada ceritanya dan seperti hari ini, koleksi Haramain, saya mahu semua yang memakainya terasa rindu untuk ke bumi Haramain. Formula bercerita pada setiap koleksi itu diterima baik oleh peminat.

“Saya bermula dengan beberapa helai sahaja dan sehingga ke tahap ini, saya berharap agar manfaat itu sampai kepada semua,”

Minaz Blooming Adha ‘Koleksi Haramian Series’ Sasar Jualan RM10 Juta

Berkongsi resipi kejayaan Minaz, jelas Hafiza, walaupun Minaz Hijab baru sahaja ditubuhkan dua tahun lalu dan bermula dengan beberapa helai tudung sahaja, namun formula bercerita bagi setiap koleksi dan duta yang dipilih banyak membantu kejayaan selain ‘penangan’ luar biasa agen dan stokis.

Minaz Blooming Adha ‘Koleksi Haramian Series’ Sasar Jualan RM10 Juta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MEER NASH

“Permata Adalah Sebuah Lagu Balada Yang Cukup Indah,” – Meer Nash

SHAHEIZY SAM

Shaheizy Sam Tayang ‘Six Pack’ Dalam Polis Evo 3, Akui Disiplin Tinggi Jaga Badan