in ,

Minah Salleh Berang Dihalang Masuk Butik Dior Suria KLCC Gara-Gara Tak Pakai Mask

Kita semua masih diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di taman dan pusat beli belah.

Kegagalan mematuhi SOP tersebut dalam mengekang penularan Covid-19 akan menyebabkan anda didenda maksimum RM10,000 untuk individu.

Terbaru tular di laman Twitter satu video memperlihatkan seorang wanita berbangsa inggeris tiba-tiba mengamuk dan naik angin apabila dihalang daripada memasuki butik Dior di KLCC.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dihalang dari memasuki premis Dior disebabkan tidak memakai pelitup muka.

Dia kemudian dilihat mempersoalkan kenapa dia dilarang dari memasuki premis berkenaan.

“Bila saya nak masuk, dia letak tangan dia ke atas saya dan tolak saya,” 

Menurut pemilik video itu, dia berjaya merakam kejadian berkenaan sewaktu sedang beratur menunggu giliran bagi memasuki mewah berkenaan.

Jelasnya wanita tersebut bukan sahaja tidak berpuas hati walhal dia dengan jelas tidak memakai mask, sebaliknya dia turut menuduh mereka yang mengenakan mask sebagai komunis.

Siap Rakam Video Petugas

Bukan itu sahaja dia juga dilihat merakam kejadian berkenaan menggunakan telefon pintar miliknya seolah ingin membuktikan bahawa dia adalah mangsa keadaan.

Namun ketegasan petugas di butik tersebut nyata meraih pujian orang ramai.

Macam Mana Boleh Lepas Masuk KLCC?

Namun apa yang menjadi tanda tanya orang ramai adalah bagaimana wanita ini boleh terlepas masuk ke Suria KLCC tanpa mengenakan mask memandangkan sekuritinya adalah ketat.

Ramai yang mahukan dia didenda disebabkan kedegilannya dan seolah memandang rendah undang-undang dan SOP yang dikuatkuasakan kerajaan Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Lagu Cinta Kita 3 Gandingkan Kamal Adli & Ain Edruce Sebagai Pengacara

Saharul Ridzwan & Zara Zya Kembali Beraksi dalam Drama MR BIBIK di TV3 & Iqiyi