Aktres juga model, Min Hyo Rin menuntut sebanyak KRW80 atau RM222 juta daripada seorang doktor bedah plastik atas dakwaan doktor itu menggunakan namanya untuk kepentingan sebuah iklan.
Iklan berjudul Making Min Hyo Rin’s Perfect Nose itu telah tersiar sejak tahun 2011. Iklan itu muncul di website rasmi, iklan di media cetak serta online sebuah klinik pembedahan plastik.
Hyo Rin sebelum ini pernah menafikan wajah cantiknya itu hasil daripada pembedahan plastik.
Kemarin, dilaporkan hakim Jung Hyun Sik akhirnya meluluskan tuntutan Hyo Rin. Namun, hakim terbabit hanya mendenda doktor bedah itu dengan menuntut bayaran sebanyak KRW 3 juta atau lebih kurang RM8 juta.
Agensi Hyo Rin menyatakan, mereka akan meneruskan kes tersebut sehingga Hyo Rin mendapat haknya.
“Kami akan tetap meneruskan kes ini. Bukan masalah jumlah wangnya, tapi soal siapa yang nak membayar untuk jadi model? Ketika seorang selebriti (Hyo Rin) terlibat dalam kisah negatif, maka ia secara tak langsung turut menjejaskan kerjayanya”, kata agensi Hyo Rin.