Memetik BH Online, perkara itu turut disahkan oleh pengurus kepada aktres itu iaitu Iman Tang yang mengatakan dia dimaklumkan oleh Mimi dua hari lalu.
Menurutnya, majlis pernikahan pasangan itu dibakalkan saat-saat akhir kerana Mimi terlibat dengan penggambaran.
“Dia berjumpa saya dua hari lalu memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
“Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.
“Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran.
“Mimi kemudiannya meminta saya menghantar mesej pembatalan kepada tetamu yang sudah membuat RSVP kepada saya sebelum ini,” katanya
Dalam pada itu, Iman menafikan punca pembatalan majlis tersebut kerana masalah peribadi serta Mimi mengatakan hububgannya dengan Syafiq baik-baik saja.
“Saya ada juga bertanya perkara yang sama kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja.
“Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya.