Menambah lagi persaingan pasaran telefon pintar mampu milik dalam negara, OPPO Malaysia hari ini telah memperkenalkan OPPO A16K. Mempertaruhkan rekaan kemas serta tempoh bateri yang panjang, model ini bakal berlegar di pasaran tempatan pada harga RM549.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G35, skrin 6.52 inci, resolusi HD+, bateri 4230mAh, ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, dan hanya mempunyai satu variasi memori sahaja iaitu RAM3/32GB storan.
Seterusnya, ia turut dilengkapi kamera utama tunggal dengan sensor 13MP. Manakala, kamera hadapan pula adalah 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm, port sambungan microUSB, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.
Bagi yang berminat, Oppo A16k dijual pada harga RM549 dengan dua pilihan warna seperti Black dan Blue. Ia akan tersedia tidak lama lagi menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian rasmi Oppo, Shopee dan Lazada.
Model baharu ini boleh dibeli bermula hari ini di kedai fizikal atau dalam talian OPPO Malaysia, serta platform beli-belah Shopee dan Lazada.