Majistret M Barath menjatuhkan hukuman itu selepas Rose selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Rose yang juga merupakan pemilik jenama KM Beauty House selaku OKS tidak diwakili peguam dan membayar denda berkenaan.
Dalam pada itu, Rose dalam hujahannya meminta hukuman dikurangkan kerana kejadian berlaku ketika tempoh mendapatkan kelulusan KKM, namun Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Azman daripada KKM meminta OKS dijatuhi hukuman setimpal.
Mengikut pertuduhan, OKS didakwa memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse. Kesalahan itu dilakukan 21 Januari lalu pada 11.20 pagi di premis di Subang Jaya.
OKS dituduh melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1), peraturan yang sama.
Individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro