MILA & ALBUM BARU
Untuk bertahan lebih lama dalam industri, Mila kini sedang sibuk mengumpul material untuk album keduanya. Setakat ini dah ada 3 buah lagu, akan datang ada 3 buah lagi lagu menjadikan 6 buah lagu kesemuanya untuk dimuatkan dalam album terbarunya. Ada 3 buah lagu ciptaan Aidit Alfian dan Ad Samad. Sampai sekarang, Mila masih menunggu lagu dari mereka ini siap.
Tiga buah lagu yang dah siap ialah Bla Bla Bla ciptaan band dari Indonesia iaitu Matta dan Siapa Tak Perlu Cinta yang juga dicipta oleh komposer dari Indonesia, Richard Kyoto. Sebenarnya, kedua-dua lagu ini telah dirakam di Indonesia, tapi terpaksa dirakam semula di Malaysia sebab susunan muziknya perlu diubah semula agar lebih serasi dengan pendengar Malaysia.
Yang menakjubkan, album kali ini semuanya dibiayai oleh syarikat Mila sendiri iaitu LuvMILA Corporation. Banyaknya duit Mila ni. Buat album ni, kalau takde duit puluh ribu, memang tak jadi. Tapi semua tu, tak jadi masalah, asalkan Mila dapat kepuasan.
MILA MASIH SINGLE
Sebelum ini, Budiey ada dengar gosip Mila bercinta dengan Ebi AF tapi tak bertahan lama. Kemudian, ada dengar beberapa gosip liar yang lain. Tapi semua itu, tidak mematahkan semangat Mila untuk terus menjadi penyanyi berjaya.
Tanpa gosip pun, pastinya Mila dapat mencapai cita-citanya. Kerana kadang-kadang, gosip yang liar boleh mengguris hati dan menyakitkan jiwa seseorang artis.
Namun, apa yang pasti, Mila kini seronok dengan dunianya. Yang penting, walaupun masih single dan tidak punya kekasih, Mila tetap gembira. Lagi pun dalam usia 22 tahun ini, Mila masih muda untuk memikirkan tentang alam perkahwinan. Sekarang, Mila mahu fokus untuk album barunya. Jadi, Mila berhenti berlakon sekejap dan menolak untuk menerima tawaran berlakon yang memerlukan watak yang agak berat. Mila takut dia tak bersedia untuk menjadi pelakon sepenuh masa.
MILA & DUNIA USAHAWAN
Menyedari dunia nyanyian sebenarnya tak menjanjikan masa depan, sebagai ‘back up’, Mila menceburi dunia perniagaan dengan menubuhkan LuvMILA Corporation. Selain itu, Mila turut menubuhnya LuvMILA Talent & Entertainment yang akan menguruskan aktiviti seninya serta menjalankan aktiviti yang berkaitan hiburan dan bakat.
Pada 25 Februari lalu, Mila telah terlibat dengan Kempen I KNOW yang dianjurkan oleh Caltex dan Corporate Responsible Social. Mila berpuas hati menjadi volunteer dengan mengajak semua peminatnya melalui Facebook dan internet untuk memberitahu tentang topik pantang larang & seks untuk golongan wanita dan remaja. Serentak dengan itu, diadakan juga sidang media bersama aktivis sosial, Marina Mahathir.
Juga pada 27 Februari lalu, Mila telah terlibat dengan Konsert Mini Kau & Aku di Plaza Alam Sentral pada jam 3 hingga 5 petang. Mila, Akim dan Aril buat pertama kalinya berganding secara langsung menerusi lagu Kisah Kita Berdua yang menghiasi drama tersebut. Selain mereka bertiga, Amar Anak Wayang dan Noni juga turut buat persembahan.
Sesiapa yang mendengar Suria FM semalam, lagu Mila dipilih untuk Lagu Berduit, sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Suria FM yang menaruh RM75 ribu wang tunai kepada penghantar SMS bertuah.
MILA NAFI SYARIKAT TAK BEROPERASI
Juara AF5 ini sekali lagi berhadapan dengan dugaan apabila ada gossip mengatakan ada pihak yang cuba menjatuhkan syarikat miliknya. Apatah lagi, apabila mengetahui orang yang menyebarkan berita tak betul ini adalah bekas pekerjanya yang sangat dipercayai. Mila sendiri tak tahu kenapa bekas pekerjanya berhenti secara drastik dari syarikatnya.
Ini komen dari Mila selepas sidang media “Lagu Berduit” SuriaFM di Studio V, One Utama, Damansara yang disiarkan di Mstar Online:
“Syarikat saya masih beroperasi seperti biasa, tiada istilah tutup dan bankrap seperti yang dikhabarkan itu. Mula-mula saya mendengar berita itu, saya agak terkejut dan cuba bertenang. Saya cuba menjadi seorang yang profesional ketika berhadapan dengan situasi tersebut. Saya tahu dan kenal orang yang cuba jatuhkan nama dan syarikat saya itu kerana dia adalah bekas pekerja saya sendiri,”
“Saya tidak menyangka dia tergamak menjaja cerita mengenai syarikat saya yang dikatakan telah tutup dan bankrap itu. Semasa bekerja dengan saya, dia merupakan orang yang bertanggungjawab dalam urusan pemasaran syarikat. Saya percaya dan mengambil dia bekerja dengan saya kerana dia adalah kawan baik kepada bekas pengurus peribadi saya yang dulu. Dia bekerja dengan saya hanya enam bulan sahaja, dan telah berhenti kerja daripada syarikat saya pada bulan Jun 2009 tanpa sebarang notis. Saya akui sebagai majikan, kita tidak boleh menjadi seorang yang terbaik dan saya selalu memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dengan pekerja-pekerja saya,”
Mila memberitahu dia akan mengambil tindakan dengan menghantar notis kepada individu tersebut supaya menghentikan perbuatan tersebut.
“Saya sudah berbincang dengan peguam saya dan kami dalam proses untuk menyiapkan surat untuk dihantar kepadanya supaya menghentikan segala fitnah yang dikeluarkan itu. Buat masa ini, saya tidak akan bersemuka dengannya. Tapi dia akan terima surat daripada peguam saya. Saya sebenarnya tidak mahu membesarkan cerita ini, lagipun ia tidak mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak. Tindakan yang saya ambil ini pun adalah atas nasihat peguam saya,”