Pada hari ini, dunia politik tempatan telah digemparkan dengan berita mengenai Muhyiddin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri esok. Ia berikutan dakwaan yang beliau kini sudah tidak mempunyai bilangan majoriti yang cukup di parlimen untuk terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan.
Dalam video dikongsikan itu, Mila dilihat menangis dan berkata sebelum ini dia tidak pernah sedih jika Perdana Menteri lain meletakkan jawatan, namun kali ini berbeza.
Perkongsian Mila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih serta mengatakan ‘Abah’ sudah cuba sebaik mungkin dan sudah banyak membantu rakyat.
Hari ini juga kecoh apabila media melaporkan Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.