in , ,

Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan

Mila Jirin tampil bersuara dan meluahkan rasa kecewa kerana sektor perkahwinan seolah-olah tidak mendapat perhatian.

Nampaknya masih ramai peniaga yang tidak dapat beroperasi sepenuhya ekoran masih tidak diberikan kebenaran dari pihak kerajaan. Antara perniagaan yang dimaksudkan adalah mereka yang berada dalam industri perkahwinan.

Melihat semakin banyak sektor industri dibenarkan buka membuatkan ramai usahawan yang selama ini tiada sumber pendapatan meluahkan rasa gembira, tapi berlainan pula nasib usahawan dalam industri sosial perkahwinan yang mana sehingga kini tiada respon memuaskan diberi oleh pihak kerajaan.

Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan

Kekesalan ini diluahkan oleh penyanyi Mila Jirin yang turut melakukan perniagaan dalam industri itu. Mila dilihat kesal dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang masih berat untuk memberikan kebenaran untuk orang awam mengadakan majlis sosial.

“Majlis sosial dalam venue tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka.

Saya kurang yakin dengan SOP buat masa ini untuk memerhati majlis perkahwinan yang besar di mana pelitup muka di buka dan orang ramai bercakap sambil mulut penu dengan makanan.

Kita lihat dulu macam mana selepas rentas negeri dibenarkan,”

– Khairy Jamaluddin di Twitter

Melihat respon yang dikeluarkan Menteri Kesihatan di laman Twitter baru-baru ini, membuatkan selebriti dan usahawan industri perkahwinan, Mila Jirin tampil bersuara dan meluahkan rasa kecewa kerana sektor perkahwinan seolah-olah tidak mendapat perhatian.

“YB Menteri, Majlis RASMI adakah tidak bercakap sambil makan?? Di restoran adakah semua orang sekarang makan sambil guna PELITUP MUKA?? Adakah KEBENARAN kemasukan orang dari India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal lagi SELAMAT??

YB Menteri, kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dah SETAHUN LEBIH MATI. Tak ada satu kementerian pun AMBIL PEDULI industri kami…

Oh saya lupa, industri kami TAK PENTING macam industri PERLANCONGAN, AIRLINE.. Mereka INDUSTRI BESAR lebih perlu diberi keutamaan….

Terima kasih untuk info ini YB Menteri @khairykj …… Ianya SANGAT MEMBANTU kami untuk buat keputusan… Siapa yang akan TUTUP terus.. Siapa yang mampu TERUSKAN,”

– Mila Jirin
Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan

Manakala dalam hantaran terkini usahawan wanita itu, dirinya dan ramai peniaga kecil dalam sektor perkahwinan mengalami tekanan dan kerugian teruk.

Tidak cukup dengan itu Mila turut memberikan banyangan kepada YB Menteri yang lebih banyak peniaga akan gulung tikar setelah KJ mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ini kerana ianya seperti tiada harapan untuk mereka kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

Antaranya, usahawan industri perkahwinan menerima banyak pembatalan tempahan, pemulangan wang pelanggan, membayaran kos sewa serta menggajikan pekerja menelan belanja yang besar.

“ANDA TIDAK BERADA disituasi kami yang TERTEKAN dengan PEMBATALAN, REFUND, KOS TETAP, RENTAL, STAFFING BERATUS RIBU…

Jangan tak tahu ‘Industri Sosial’ juga tanggung banyak peniaga kecil (emcee/penjual kuih/mua/ pembuat kek dan sebagainya” ujarnya lagi

– Mila Jirin

Selain itu, Mila juga memberi sedikit buah fikiran seperti membenarkan majlis berjalan dengan jumlah kehadiran tetamu dengan kurang seratus orang yang dipecahkan dalam tempoh tiga jam ,serta mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan kerusi satu meter.

Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan

“Kami tak minta untuk MAJLIS MEGA RIBUAN PENGUNJUNG. Dengan kapasiti dewan 8 ribu ke 10 ribu kaki persegi, kami cuma minta 100 TETAMU yang akan dipecahkan kehadiran dalam 3 JAM dengan SOP sama seperti restoran…

Jika dalam Flight tanpa penjarakan sosial boleh dengan makan tanpa guna pelitup muka… Kenapa MAKAN DI DEWAN dengan penjarakan 1 meter kerusi tidak dibenarkan??”

– Mila Jirin

Usahawan wanita ini berharap Menteri Kesihatan dan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), dapat menjemput pihak yang mahir dalam sektor perkahwinan serta pengelola dewan majlis untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

“Menteri berbincang sesama menteri.. JEMPUT lah yang mahir dalam industri perkahwinan dan pengelola dewan majlis untuk BINCANG satu meja berbagi pendapat.

Bukan kami TAK FAHAM cuma bagi peluang untuk kami usahawan yang terkesan beri buah fikiran…”

– Mila Jirin

Memang ramai usahawan dari sektor ini terjejas teruk, para menteri perlu cari alternatif lain dan berbincang untuk tangani masalah pembukaan sektor ini dengan lebih mendalam.

Mila Jirin Bengang Dimalukan Petugas MBSJ

Belum reda kisah rayuannya kepada Khairy, muncul pula isu baharu apabila Mila menzahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap seorang individu dipercayai kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Menerusi gambar tangkap layar yang dikongsikannya di laman Instagram, individu tersebut dilihat meminta pelakon berusia 33 tahun itu membayar dahulu kos lesen premis perniagaannya.

Mohon lesen dulu untuk tempat awak itu. Sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan sudah diberikan notis, saman sikit pun awak tak layan. Buat yang wajib dahulu, senang kerja awak nanti.

Mila Jirin Kecewa Menteri Tak Ambil Peduli Nasib Usahawan Industri Perkahwinan

Bengang dengan kenyataan individu itu, Mila tampil mempersoalkan berapa kali dia harus membayar kos lesen memandangkan perniagaannya tidak beroperasi selama dua tahun.

Dalam tempoh setahun berapa kali saya perlu bayar kos lesen? Awak bekerja di PBT sepatutnya bertanya khabar usahawan yang sudah lebih setahun tidak berniaga, bukannya suruh terus bayar.

Kos lesen setahun hampir RM10,000 dan premis diarahkan tutup!

Selain itu, dia juga turut memaklumkan bahawa dirinya sudah membayar kos lesen yang sepatutnya yang akan tamat pada tempoh Mac 2022.

Kesal individu berkenaan tak memahami kesusahan peniaga

Selain itu, Mila juga menyifatkan tindakan individu tersebut seakan-akan tidak memahami kesusahan dirinya sebagai seorang usahawan yang terjejas.

Pernah fikir dalam otak tak, kesukaran hendak bayar dengan premis yang tutup tidak boleh berniaga. Awak mungkin tak rasa sebab setiap bulan bergaji.

Tegasnya lagi, dia dilihat tidak mahu berdiam diri apabila ingin membawa perkara tersebut kepada pihak MBSJ kerana menganggap dirinya dimalukan oleh individu tersebut.

Saya akan bawa isu ni ke MBSJ kerana perkara tersebut tidak patut ditulis oleh warga kerja MBSJ kepada peniaga yang bayar lesen perniagaan.

Menurutnya, dia telah pun menghantar pesanan mesej menerusi Direct Message (DM) di laman Instagramnya untuk mendapatkan maklumat Individu tersebut bagi membantu proses aduan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot FM Umum Pemenang Peraduan Hot FM Roda & Ringgit, Tahniah Buat Pemenang!

Filem BLACK WIDOW Kini Boleh Ditonton di Disney+ Hotstar Bermula 6 Oktober