in

Mila Jirin Aktif Dengan Kempen Get Naked with Dermalogica

Dermalogica® menjemput anda untuk menyerlahkan kulit anda! Kempen ‘Get Naked with Dermalogica®’ yang menyeru seluruh Malaysia supaya menanggalkan mekap dan bendasing daripada kulit mereka untuk menyerlahkan kulit sihat yang hebat kembali lagi tahun ini. Berikutan kempen yang berjaya tahun lalu, kempen ini kini kembali dengan pertandingan yang diketuai oleh tujuh orang selebriti dengan wajah bersih yang hebat untuk mencari wajah bersih yang nampak cantik dan sihat.

Dermalogica

[pullquote align=”right”]Dermalogica® berkempen untuk penampilan kulit sihat dengan pencarian 12 wajah ‘paling sihat’ di seluruh negara[/pullquote]

Dengan moto “Great Skin has Nothing to Hide”, tujuan kempen ini adalah membantu pelanggan mendapatkan kulit sihat yang benar – supaya mereka tidak perlu menyembunyikan kulit mereka, malah dapat menonjolkan keseriannya.

Sungguh mudah dan menyeronokkan menyertai kempen ‘Get Naked with Dermalogica®’ 2013 ini. Anda hanya perlu mengunjungi mana-mana pusat rawatan dan penjagaan kulit AsterSpring atau pengedar Dermalogica® yang sah untuk pemetaan pantas atau speed mapping (5 minit) PERCUMA, iaitu analisa kulit profesional yang mengkaji lima kawasan muka dengan penuh teliti; pengalaman ‘get naked’ di Dermalogica® Skin Bar termasuklah menanggalkan mekap atau kekotoran dari kulit anda dengan menggunakan produk yang disyorkan oleh profesional, yang sesuai dengan keperluan anda dan mengambil gambar wajah bersih anda secara percuma.

Kata Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi EIG Berhad yang mengedar dan memasarkan Dermalogica di Malaysia, Asia Tenggara dan Hong Kong.

“Untuk menarik lebih ramai pelanggan bagi kempen ‘Get Naked with Dermalogica®’ tahun ini, kami melibatkan lebih ramai selebriti untuk membantu kami menggalakkan seluruh Malaysia supaya membersihkan muka mereka untuk kesihatan kulit, dan mereka akan bertanding di seluruh negara untuk mendapatkan bilangan peserta yang paling ramai!”

Selain daripada Joanne Yew, Thanuja dan Steve Yap, yang menyertai kempen ini dengan wajah berseri bersih sempurna pada tahun lalu, Dermalogica® telah menjemput empat orang lagi selebriti untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan selebriti sedia ada, untuk memacu kempen yang menarik tahun ini. Selebriti tersebut adalah penyanyi dan pencipta lagu, Atilia Haron; pemenang tempat ketiga Miss Astro International 2009, Jane Tan; hos dan D.J. radio terkenal, Jentzen Lim; dan pemenang Akademi Fantasia ke-5, Mila Jirin.

[pullquote]Tampil hebat dengan kulit sihat dan serlahkannya bersama Dermalogica[/pullquote]

Dalam perlumbaan seluruh negara untuk merekrut wajah ‘terserlah’, setiap selebriti ini akan mewakili satu wilayah di Malaysia dan pelanggan yang ‘menyerlahkan’ wajah mereka di mana-mana pusat penjagaan kulit Dermalogica® di wilayah yang diwakili oleh selebriti tersebut akan menyertai pasukannya secara automatik.

Selebriti “Get Naked” akan mewakili dan memberi sokongan kepada peserta mengikut wilayah seperti berikut:

• Atilia Haron: Selangor
• Thanuja Ananthan: Kuala Lumpur
• Steve Yap: Seremban & Melaka
• Joanne Yew: Pulau Pinang
• Jentzen Lim: Johor
• Jane Tan: Ipoh dan Taiping
• Mila Jirin: Kedah, Pantai Timur
dan Malaysia Timur

Tambah Chieng:

“Kulit yang hebat bukan sahaja satu-satunya manfaat yang peserta akan dapat daripada kempen ‘Get Naked with Dermalogica®’ 2013 ini. Kami mereka kempen ini supaya ia penuh ganjaran dan menarik untuk peserta. Tahun ini, dengan pertandingan “Be the Naked Face 2013”, ganjaran akan diberikan kepada 12 orang peserta di seluruh negara yang mempunyai kesihatan kulit terbaik, selain daripada aktiviti atas talian melalui Facebook kami, yang melibatkan peserta walaupun mereka pernah melalui perjalanan ‘get naked’ di pusat penjagaan kulit kami yang sah.”

Apabila anda telah melengkapi pengalaman ‘get naked’ anda dan gambar wajah ‘terserlah’ anda telah diambil, secara automatiknya anda akan bertanding dalam “Be the Naked Face 2013”. Pusat penjagaan kulit Dermalogica® dari setiap wilayah akan mencalonkan peserta yang mempunyai kulit sihat terbaik untuk mewakili pusat tersebut dan gambarnya akan ditampilkan dalam Facebook Dermalogica®. Sekiranya wajah anda ditampilkan, anda serta-merta akan menerima produk-produk Dermalogica® bernilai RM500 dan berpeluang memenangi lebih banyak hadiah pada Oktober 2013.

Dua belas penyertaan yang menerima ‘like’ atau undi terbanyak pada bulan Oktober akan menerima produk Dermalogica® bernilai RM5,000 setiap seorang, gambarnya akan ditampilkan dalam kalender Dermalogica® 2014, dan berpeluang ditampilkan dalam beberapa majalah kecantikan Malaysia yang utama!

Penyanyi, Mila Jirin, sungguh teruja untuk “menyerlahkan” kulitnya dengan Dermalogica® dan menggalakkan peminatnya supaya mengikuti langkahnya. Kata Mila sambil tersenyum.

“Sebelum ini, saya tidak faham tentang kulit saya sehinggalah ahli terapi profesional kulit Dermalogica® memberitahu saya akan kulit saya dalam analisa FaceMapping® dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai dengan kulit saya. Tidak kira bagaimana sibuknya saya, saya pastikan yang saya mengikuti rutin yang dicadangkan dengan menggunakan produk Dermalogica®. Ia sungguh mudah jika anda tahu caranya untuk mendapatkan kesihatan kulit yang hebat, jadi tidak perlu sembunyi lagi.”

Pelakon dan model tempatan, Steve Yap yang menyertai kempen ‘Get Naked’ ini tahun lalu membuktikan bahawa kesihatan kulit yang hebat boleh diperoleh daripada rutin penjagaan kulit yang mudah seperti yang dicadangkan oleh ahli terapi kesihatan kulit Dermalogica®.

“Saya telah berubah. Selepas memahami akan kulit saya dengan lebih baik, saya lebih mengambil berat tentang rutin penjagaan kulit saya. Bukannya susah sangat untuk seorang lelaki menjaga kulitnya. Dermalogica® menawarkan penjagaan asas yang terbaik untuk lelaki seperti saya yang mahukan penjagaan kulit yang mudah. Rutin ringkas setiap hari dengan rangkaian grey Dermalogica® membantu saya mendapat kulit yang sihat,” kata Steve.

Ratu cantik dan pencinta haiwan, Thanuja Ananthan sangat gembira ditampilkan sekali lagi dalam kempen Get Naked Dermalogica®, dan akan meneruskan usaha mempromosikan produk yang dia percaya: mudah, berkesan dan selamat – yang membawa perbezaan dalam kesihatan kulit.

“Saya tidak boleh hidup tanpa Dermalogica®. Jadual saya ketat, penuh dengan sesi foto, hos, penampilan acara dan penggambaran program TV, maka saya tidak boleh mengelak daripada memakai mekap apabila berada di hadapan kamera. Saya bergantung kepada Dermalogica® untuk membersihkan semua jenis bendasing di muka saya setiap hari dan untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit yang baik. Jom sertai saya dan “serlahkan”nya sekarang kerana saya adalah contoh yang mempunyai kesihatan kulit yang baik!” kata Thanuja penuh gembira.

Jadilah sebahagian daripada gerakan “Get Naked” Dermalogica® hari ini untuk kesihatan kulit yang baik dan tidak perlu sembunyi atau menutupnya lagi. Layari www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk mengetahui bagaimana cara menyertainya dan memenangi hadiah-hadiah menarik, senarai outlet yang menyertai dan maklumat lanjut akan pertandingan “Be the Naked Face 2013” Dermalogica® .

Dermalogica

Berkenaan Dermalogica®:

Dikaji dan diperkembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® kini sinonim dengan kesihatan kulit. Jenama ini diasaskan oleh Jane Wurwand pada tahun 1986, dengan tujuan menampung kekurangan produk yang memberikan hasil dalam pasaran Amerika Syarikat.

Falsafah Dermalogica®, iaitu memberi hasil tanpa terlebih janji dan pembungkusan mewah telah mentakrif semula industri. Jenama ini tidak percaya kepada konsep bahawa penjagaan kulit akan tentang kecantikan, memanjakan diri dan kemewahan. Malah, Dermalogica® mementingkan kajiannya untuk memperkembangkan formula yang membantu kulit mencapai keadaan optimumnya.

Dermalogica® seterusnya mengejutkan pasaran apabila tidak menggunakan warna tiruan, wangian sintetik, S.D. alkohol, lanolin atau minyak mineral – yang semuanya sering digunakan oleh banyak jenama kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengurangkan kos, walaupun bahan-bahan tersebut diketahui menimbulkan masalah kulit.

Dengan falsafah tidak menggunakan bahan yang memudaratkan kulit, Dermalogica® berjaya memberi inspirasi kepada peminat dan profesional penjagaan kulit di seluruh dunia. Produk jenama ini kini dijual di lebih 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit terpilih atas cadangan ahli terapi kulit profesional yang berkelayakan.

Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat dengan operasi globalnya yang berpangkalan di Carson, yang terletak di selatan Los Angeles.

Mengenai Esthetics International Group (EIG):

Esthetics International Group (EIG) Berhad ialah sebuah syarikat ulung dengan lebih 29 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kesejahteraan dan kecantikan.

EIG ialah pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, dan Brunei, serta pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan operasi rangkaian lebih daripada 60 buah dan pusat rawatan penjagaan kulit profesional AsterSpring, 14 buah Dermalogica® Consultation Pods dan membekal kepada lebih 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Akmar Meninggalkan Ceria Popstar

Himpunan Ibu Hamil Terbesar Catat Sejarah