Mierulhazly, seorang anak muda berusia 22 tahun yang semakin mencuri perhatian dalam industri muzik tempatan, baru-baru ini melancarkan single pertamanya berjudul “Terluka Merindu.” Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi di media sosial, terutama di TikTok, di mana Mierul sering memuat naik video song cover dan content prank yang berjaya menarik perhatian ramai.
Kisah Di Sebalik Lagu
Lagu “Terluka Merindu” membawa pendengar menyelami perasaan seorang lelaki yang pernah bahagia dalam percintaan, tetapi terpaksa menghadapi kenyataan pahit apabila pasangannya berubah dan berlaku curang. Lagu ini menggambarkan keperitan dan kerinduan terhadap kenangan manis sebelum hubungan mereka mula goyah.
Mierulhazly berkongsi mesej di sebalik lagunya, “Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang kerana manusia mudah berubah. Carilah cinta yang kekal dan abadi iaitu cinta kepada Yang Maha Esa.”
Sasaran Pendengar
Mierulhazly berharap lagu ini dapat menyentuh hati pendengar yang sedang melalui fasa kecewa dan terluka, namun masih merindui kenangan bersama insan yang pernah mereka cintai. Menariknya, lagu ini turut menyasarkan pendengar dari Indonesia dengan elemen-elemen bahasa Indonesia yang diselitkan dalam liriknya, menjadikannya lebih dekat dengan pendengar di negara jiran.
Beliau juga menambah, “Genre muzik yang dipilih adalah yang sering viral di media sosial seperti TikTok dan Instagram, supaya lagu ini lebih mudah diterima oleh pendengar muda.”
Proses Kreatif dan Kerjasama
Bercerita tentang proses rakaman, Mierulhazly berkongsi bahawa kerjasama dengan team produksi muziknya sangat lancar. Bersama Emeer Bakri, Amsyar Razqa, Anwar Amzah, Izzal Anuar, dan Aqil Azhad, lagu ini berjaya disiapkan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. “Kami saling berkongsi idea dan mereka faham apa yang saya inginkan,” kata Mierulhazly.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Armani Entertainment Group (AEG) atas sokongan penuh sepanjang proses pembikinan lirik video “Terluka Merindu.”
Masa Depan dan Harapan
Dengan pelancaran “Terluka Merindu,” Mierulhazly berharap untuk memberi nafas baru dalam industri muzik tempatan. Single ini diharapkan dapat diterima dengan baik oleh pendengar dan seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk dirinya berkarya dalam industri muzik.
Lagu “Terluka Merindu” kini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman seperti Apple Music, Spotify, Joox, dan YouTube Music. Muzik video lagu ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube @mierulhazly. Mari kita sama-sama menyokong karya tempatan dan memartabatkan industri muzik tanah air!
Lirik Terluka Merindu – Mierulhazly
Artis : Mierulhazly
Penulis lirik: Aqil Azhad, Izzal Anuar, Anwar Amzah
Komposer: Izzal Anuar
Terbitan : Armani Entertainment Group
LIRIK TERLUKA MERINDU
(VERSE)
Sudah cukup sudah
dengan kata manismu
sampai bila ku harus menahan
luka sayang
cuba kau bilang pada ku
andai benar kau tak cinta
Cuba kau jujur padaku
(CHORUS)
Andainya engkau tahu ku benar benar hancur
saat kecuranganmu, kau biarkan aku Terluka merindu
Sungguh ku tak mampu menahan sedihku
(VERSE 2)
Tegarnya dirimu mempermainkan diriku
Apa benar cinta ini atau sekadar ilusi ku terima inilah takdirnya
Cinta yang ku sangka indah kini musnah segalanya
(SOLO)
BRIDGE)
Patah tumbuh hilangkan berganti Tapi tidak kali ini Kerna hati ini telah mati
(CHORUS)
Andainya engkau tahu ku benar benar hancur saat kecuranganmu kau biarkan aku Terluka merindu
sungguh ku tak mampu menahan sedihku Sudah ku bertahan sulit ku melupakan air mata ku jatuh membasahi pipiku Cukuplah sayangku aku cuma mahu kebahagiaanku..