Mierul menjelaskan tidak menyelidik latar belakang sebelum berkawan atau bersahabat dengan mana-mana pihak. Baginya, dia berbuat baik dengan semua orang.
“Saya ‘single’ tapi mungkin akan ada yang terluka dengan kenyataan saya ini. Saya sangat berbesar hati untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja di dalam industri. Saya berpegang kepada prinsip berbudi kepada semua orang.
“Kita buat baik untuk dibalas baik. Saya tiada masalah untuk mengenali hati budi dan berkenalan dengan orang lain. Sungguh saya cakap, setakat ini tiada yang istimewa.
Sekarang fokus kepada skrip, kerjaya, adik-adik. Kepuasan terbesar saya pada hari ini ialah dapat memberi senyuman kepada emak dan ayah, beri sedikit setiap bulan dan belanja keluarga makan.
“Saya betul-betul tak pasti tentang perkara itu. Saya terkejut sebenarnya. Saya berkawan dengan semua orang tapi tidak tahu sama ada dia orang kenamaan atau tidak. Saya tidak pernah dedah dia anak siapa,”
Mierul mengulas mengenai dakwaan bercinta itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Project : Exit terbitan Astro Shaw di Universiti Malaya, di sini.
Dalam pada itu, Mierul menjelaskan tidak kisah perihal peribadi menjadi bualan umum memandangkan dia berkecimpung dalam bidang seni.
“Saya tidak rimas, bagi saya industri ini seperti pejabat, ia besar. Jadi orang yang melihat saya mempunyai banyak persamaan dan media cuma bertanya apa orang nak tahu.
“Saya tiada rahsiakan apa-apa. Kalau berahsia cuma apa yang saya buat di rumah. Selebihnya saya okay bercerita apa-apa yang terlibat dengan kerjaya saya.
“Kalau suatu masa nanti saya bercinta, kalau ada rezeki jodoh sampai awal. Ada hati budi yang serasi dan masa sesuai, saya akan kongsikan.
“Waktu sekolah dulu cinta monyet pun saya tak bercerita banyak pun sebab tak tahu benda itu akan tertulis dan hanya melalui proses itu,” katanya.