Miera atau nama penuh, Miera Leyana Kasmi, 27, bersyukur tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan.
Menurut Miera, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilannya daripada orang ramai sebaliknya menunggu kandungan betul-betul kuat sebelum mengumumkannya.
“Saya tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan pertama ini, namun hanya mengikut nasihat orang tua yang ingin menunggu sehingga kandungan cukup kuat.
“Tetapi, memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi pada tahun lalu, tidak sangka berita gembira ini dikongsikan pada tempoh kehamilan yang memasuki trimester ketiga.
“Apa yang peliknya, alahan datang ketika kandungan semakin sarat. Pada awal kehamilan, tidak pula begini. Sekarang saya cepat penat dan tidur petang untuk mendapatkan tenaga.
“Tidaklah berubah sehingga menjadi orang lain, saya masih lagi Miera Liyana yang sama. Sikap ‘gila-gila’ masih ada, cuma lebih matang berbanding dulu. Tidak lama lagi saya bakal menukar status kepada ibu pula,”
Masih menyembunyikan jantina bayi yang dikandung, Miera teringin untuk merasa ‘makan angin’ di luar negara seperti London, Paris atau menunaikan ibadah umrah.
Miera kini tinggal bersama keluarganya bagi membolehkan keadaannya dipantau rapi.
“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain.
“Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik.
“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,”
Sementara itu, Rosland teruja sebaik mendapat tahu isterinya ‘bunting pelamin’.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami,” kata ahli perniagaan itu.
Miera dan Rosland berkenalan pada 2016 sebelum mendirikan rumah tangga, pada 26 Julai tahun lalu di sebuah hotel di ibu negara.
*Sumber: Berita Harian