Kini menerusi laporan The Information pula, Microsoft dikatakan akan turut mengintegrasikan sokongan ChatGPT ke dalam perisian yang dihasilkan mereka seperti Word, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi.
Menerusi ChatGPT, ia akan digunakan untuk memudahkan pelbagai tugas di pejabat. Misalnya memberikan saranan suntingan ke atas emel yang telah ditulis, memberikan sarana menukar perkataan dan turut membantu mencari emel berdasarkan beberapa kata kunci. Ia tidak akan digunakan untuk menggantikan proses menulis emel sepenuhnya.
Tidak diketahui bilakah integrasi kecerdasan buatan ini akan dilakukan oleh Microsoft. Di New York, ChatGPT telahpun dihalang akses daripada rangkaian internet sekolah dan komputer yang diberikan kepada murid untuk mengelakkan penipuan.