in ,

Michelle Yeoh Terima Anugerah Gelaran Tan Sri

Ibu bapa mana yang tidak berbangga melihat anak mereka meraih satu persatu kejayaan dan penghormatan. Dan sebagai anak, apa jua kejayaan yang diraih pasti lebih bermakna kalau diraikan sekali dengan ibu bapa.

[dropcap]N[/dropcap]amun ibu bapa bintang Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh iaitu Datuk Yeoh Kian Tiek dan Datin Janet Yeoh meluahkan rasa sedih mereka kerana tidak apat menyaksikan anak perempuan kesayangan mereka itu menerima anugerah gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, pada 2 Jun (Ahad) ini.

michelle-yeoh-family

“Kami amat gembira untuk dia (Michelle). Tetapi sayangnya, saya dan suami saya tidak sihat. Jadi, Michelle akan ditemani oleh abangnya di majlis tersebut.”

Wanita berusia 73 tahun itu memberitahu beliau semakin beransur sembuh dari pembedahan perut yang dijalaninya baru-baru ini.

“Michelle kembali secara senyap-senyap selama sebulan untuk menjaga saya semasa saya berada di hospital. Dia anak yang baik. Kesihatan saya lebih baik sekarang. Tetapi doktor kata saya perlu banyak rehat dan telah menasihatkan saya untuk tinggal di rumah.”

Selain Janet, suaminya Kian Tiek, 88, juga perlu berehat di rumah kerana tidak sihat. Walau bagaimanapun, Janet memberitahu merekka sekeluarga merancang untuk mengadakan satu majlis untuk aktres itu.

“Kami akan meraikan kejayaannya apabila dia pulang ke Ipoh pada 2 Jun nanti.”

Tambah Janet lagi, Michelle merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa di Ipoh untuk menjaga dia dan suaminya.

Dalam masa sama Janet berkata dia juga merasakan yang Datuk Seri Jean Todt tidak dapat menemani Michelle ke acara DiRaja itu kerana bakal menantunya itu terlalu sibuk.

“Saya tidak pasti jika dia boleh boleh hadir sama pada majlis itu nanti. Dia seorang lelaki yang sibuk. Begitu juga dengan Michelle. Bagaimana mereka nak berkahwin? Mungkin kita akan cuba untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tahun depan.” – Sumber: Red Carpet

Tahniah dari Budiey!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mior Juara Kilauan Emas Musim Ke-3

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Be Mine & Cuba Teka