BRAND’S® CABAR WARGA MALAYSIA SAHUT CABARAN TINGKATKAN PRESTASIMU
BRAND’S®, minuman suplemen kesihatan utama negara, mencabar warga Malaysia untuk menyahut cabaran dan menikmati kehidupan mengikut sasaran yang ditentukan dengan persediaan fizikal serta minda yang cergas melalui kempen pemasarannya yang terkini, BRAND’S® Tingkatkan Prestasimu.
Kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Encik Koh Joo Siang semasa pelancaran kempen tersebut di kem mendaki Camp 5 di Petaling Jaya,
“Demi mencapai dan melebihi sasaran yang ditentukan dalam mengatasi segala cabaran, seseorang perlu terus kekal fokus dan berfikiran tajam walaupun dalam keadaan yang tertekan. Ini merupakan idea teras Tingkatkan Prestasimu.”
Sebahagian daripada kempen baru ini termasuk aktiviti menguji kecergasan mental di kalangan orang awam secara rawak di sekitar tempat seperti kolej, pejabat serta pusat membeli-belah. Penggiat Cabaran BRAND’S® (Challenge Activators) ini memperkenalkan pelbagai aktiviti yang mencabar, menguji minda dan menyeronokkan.
Koh berkata, “Kegiatan beriadah akan bertambah seronok sekiranya kita mempunyai prestasi mental yang baik. Melalui Penggiat Cabaran BRAND’S® (Challenge Activators), kami ingin mengetengahkan elemen-elemen yang menyeronokkan sewaktu pasukan penggiat kami mencabar orang ramai untuk meningkatkan prestasi diri, mahu pun semasa bermain.”
Bertepatan dengan tema Tingkatkan Prestasimu, BRAND’S® sentiasa berusaha untuk mengatur langkah dengan mengadakan kempen yang memberi impak serta melibatkan pengguna secara kreatif. Kempen kali ini melibatkan TV, media cetak, aplikasi digital dan promosi di lokasi luar dengan menampilkan duta terbarunya, Encik Michael Wong Guang Liang.
Satu personaliti yang semakin dikenali dalam industri hiburan Cina, Michael telah menerima pelbagai anugerah sebagai seorang penyanyi dan komposer. Sejak kemunculannya pada tahun 1993, beliau sentiasa mencabar diri untuk meluaskan kerjaya di luar negara. Kini, beliau terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah menjayakan konsert di Hong Kong, Macau, Taiwan, Indonesia dan Los Angeles. Sementara itu, Michael juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.
BRAND’S® memikul tanggungjawab selaku syarikat suplemen kesihatan yang utama di Malaysia dengan membuat pelaburan kepada produk-produk yang berkualiti tinggi serta terbukti berkesan secara saintifik demi meningkatkan prestasi mental bagi pengguna secara menyeluruh, terutamanya dari segi tumpuan minda dan daya ingatan.
Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia telah menunjukkan keputusan akhir bahawa pengambilan BRAND’S® SariPati Ayam selama 14 hari secara berturut-turut dapat meningkatkan daya memori serta tahap tumpuan mental dengan ketara.
BRAND’S® SariPati Ayam boleh didapati di farmasi terkemuka, pasar raya, pasar raya besar dan kedai ubat tradisional di seluruh negara dengan harga RM25.90 untuk pek 6-botol x 42g dan RM39.90 untuk pek 6-botol x 70g. Tawaran istimewa pek 14+1 juga boleh didapati pada harga RM77.90 sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari BRAND’S® Smart Living di laman Facebook atau hubungi talian Khidmat Prihatin Pelanggan kami di 1-300-228-300.