Penyanyi Raja Pop, Michael Jackson, 50, telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel (nama Malaikat), menurut akhbar The Sun. Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam. Michael Jackson sebelum itu di kaunseling dari dua orang temannya David Wharnsby, penulis lagu dari Kanada dan Phillip Bubal, seorang produser yang telah terlebih dahulu menukar agama kepada Islam. Tahun lalu, abang Michael Jackon, Jermaine Friday yang telah memeluk agama Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan berpendapat Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam. Syukur!