LOS ANGELES: Raja pop, Michael Jackson dan bintang televisyen 70-an, Farrah Fawcett menghembuskan nafas terakhir mereka, Khamis. Bermakna, Hollywood telah kehilangan bintang pujaan mereka pada hari yang sama.
Jackson, 50, yang dipercayai diserang sakit jantung sudah tidak bernafas ketika anggota paramedik Jabatan Bomba Los Angeles tiba di rumahnya di Los Angeles pada 12:30 p.m. waktu tempatan (3:30 EDT, 19:30 GMT).
Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.
Sementara itu, Fawcett yang merupakan bintang The Charlie’s Angels meninggal dunia ekoran kanser. Mendiang berumur 62 tahun. AP