in ,

Michael Ang Terharu Sokongan Yang Diterima Sejak Umum Peluk Islam

Pengarah Michael Ang terharu dengan sokongan yang diterima sejak mendedahkan dirinya sudah memeluk agama Islam setahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai kisah penghijrahannya itu, Michael berkata dia masih dirinya yang dahulu, tiada apa yang mengubah prinsip hidupnya sebaliknya hanya agama anutannya sahaja yang berubah. 

“Sebenarnya saya dah mula persoal tentang Tuhan sejak berusia 14 tahun lagi. Semua ajaran agama saya belajar dan kaji termasuk Al-Quran dan Bible. Satu hari itu saya mohon petunjuk tunjukkan saya siapa Tuhan yang sebenar yang saya panggil The One pada ketika itu dan akhirnya saya dapat mimpi sehinggakan membuatkan saya berhijrah. 

“Walaupun sudah berhijrah, saya masih tetap Michael Ang yang dulu, prinsip kehidupan saya semua masih sama, cuma yang berubah Tuhan saya sudah ada nama iaitu Allah,”

– Michael Ang

Michael atau lebih dikenali sebagai Mike baharu sahaja mengumumkan perkhabaran itu menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini.

Rata-rata menyambut baik kedatangan Michael sebagai saudara sesama Islam malah entri pendedahannya itu turut mendapat tanda suka yang banyak iaitu hampir 300,000 daripada peminatnya. 

Menurut Mike, dia terharu dengan sokongan yang diberikan peminat dan orang luar yang sentia memberikan kata-kata dorongan dan galakan kepadanya agar terus mendalami Islam. 

“Saya berasa sangat gembira apabila ramai berikan kata-kata semangat untuk terus belajar tentang Islam. Mereka pesan tidak mengapa belajar perlahan-lahan bagi memantapkan lagi kefahaman saya. 

“Setakat ini memang solat dalam bahasa Inggeris, cuma Al-Fatihah sahaja baca dalam bahasa Arab. Surah yang panjang-panjang saya baca dalam bahasa Inggeris. Daripada saya tersalah baca yang bahasa Arab, lebih baik saya baca dalam English sahaja. 

“Saya juga cukup berterima kasih kepada semua pihak yang beri sokongan kepada saya. Bila jumpa di masjid, mereka semua tegur saya dan kata, “perlahan-lahan belajar”, mereka langsung tidak ‘judge’ saya, itu yang buat saya terharu,”

– Michael Ang

Michael juga mengatakan dia mempunyai niat untuk mengerjakan ibadah umrah, namun dia hanya akan memikirkan untuk ke sana sekiranya dia sudah cukup yakin dengan bacaan dan kefahamannya mengenai ibadah tersebut. 

“Saya memang ada niat nak kerjakan umrah, tetapi saya rasa bukan dalam masa terdekat sebab masih belum bersedia daripada segi bacaan dan kefahaman saya mengenai ibadah umrah. 

“Saya hanya akan pergi apabila sudah betul-betul bersedia, saya pergi bukan sebab nak ambil gambar ke apa. Lagipun kalau pergi umrah saya tidak akan umumkan perkara itu sebab bagi saya tak perlu nak beritahu,”

– Michael Ang

Sumber: KopiPlanet.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil Dapat Sambutan

Simbolik Naratif Aizat Amdan Dalam Video Muzik Rasmi ANGIN LALU