in ,

MetMalaysia Sudah Lama Tidak Guna Skala Richter Untuk Gempa Bumi

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meminta orang ramai agar merujuk kadar ukuran gempa bumi sebagai skala magnitud dan bukannya Richter.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meminta orang ramai agar merujuk kadar ukuran gempa bumi sebagai skala magnitud dan bukannya Richter.

Menurut jurucakapnya ketika dihubungi, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu tidak lagi merujuk skala Richter untuk pelaporan gempa.

“Sebenarnya untuk kes insiden gempa bumi, MetMalaysia telah pun menggunakan skala momen magnitud yang juga ditulis ringkas dengan simbol huruf Mw sahaja,” katanya.

Agensi berkenaan merujuk pelaporan berita gegaran dahsyat yang disiar oleh pelbagai media tempatan termasuk Ranau, Sabah pada 31 Ogos lepas dengan rujukan Richter lagi.

Mengulas lanjut, jurucakap MetMalaysia berkata, berdasarkan rekod agensi berkenaan tidak lagi menggunakan skala Richter sejak 2016 selaras dengan standard antarabangsa.

“Terdapat beberapa jenis skala magnitud yang ditetapkan untuk pengukuran gempa dan secara relatif berdasarkan rekod pergerakan maksimum oleh alat seismograf,” ujarnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat Lincah Menari Walaupun Sarat Undang Bimbang Netizen

FAIZAL TAHIR

Faizal Tahir Dedah Kebaikan Siti Nurhaliza, Hamba Allah Yang Paling Baik