in

Mesyuarat Tahunan Persatuan Seniman Tidak Sah?

Pada pagi Rabu yang indah ini, Budiey didatangi satu emel dari Persatuan Seniman Malaysia yang mahu memberikan penjelasan tentang ekoran tuduhan Mesyuarat Tahunan ke-14 anjuran Persatuan Seniman pada 26 Mei lalu dikatakan tidak sah.

Sedangkan, Persatuan Seniman Malaysia memandang serius tindakan segelintir ahli minoriti yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mesyuarat Agung itu. Kepimpinan SENIMAN telah dilantik secara sah menerusi mesyuarat Agung ke 14 yang lalu dan membawa mandat daripada ahli-ahli Seniman yang sedia samada yang muda mahupun veteran.

Seandainya wujud rasa ketidak puashatian, sewajarnya mereka menggunakan saluran undang undang yang betul untuk mendapatkan penjelasan tentang kesahihan mesyuarat tersebut tanpa melibatkan pihak ketiga dan orang luar.

AJK Seniman 2012-2015 telah dilantik secara sah dan mengikut perlembagaan Persatuan Seniman Malaysia. Segala proses adalah secara undian terbuka tanpa berselindung dari mana mana pihak.

Persatuan Seniman akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja menimbulkan kesangsian, spekulasi, tuduhan tanpa fakta yang betul dan ugutan untuk sengaja bertujuan untuk mengaibkan persatuan demi mengejar agenda tersembunyi pihak pihak tertentu. Segala pertuduhan yang dilemparkan sama sekali tiada kaitan dengan kepimpinan baru seniman 2012-2015.

AJK Seniman 2012-2015 yang baru dilantik sentiasa prihatin dan bersedia untuk mengadakan dialog dengan mana mana ahli seniman yang tidak berpuas hati untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan secara berhemah, berdasarkan fakta yang tepat dan objektif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Pencarian Remaja Berbakat dari Media Hiburan

Filem The Bride With White Hair di TV2