in

Mesin Sebarkan Semangat Ramadan Cola-Cola

Mesin Sebarkan Semangat Ramadan Cola-Cola Berkongsi Semangat Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, salah satu amalan yang amat bermakna ialah membuat amal sesama rakan-rakan, ahli keluarga dan anggota masyarakat. Itulah semangat Ramadhan yang ingin digalakkan oleh Coca-Cola dengan memperkenalkan botol rekaan istimewa yang sungguh menyeronokkan.

Sempena bulan Ramadhan, Coca-Cola Malaysia berazam untuk memberi bantuan berbentuk wang ringgit sehingga RM50,000 bagi menjayakan projek-projek pembekalan air bersih kepada komuniti luar bandar, dengan memanfaatkan jasa baik warga Malaysia bagi menyebarkan seberapa banyak ucapan melalui aplikasi khas sempena menyambut bulan yang mulia ini.

Anda hanya perlu menulis mesej Ramadhan kepada rakan-rakan dan orang tersayang dengan menggunakan aplikasi “Mesin Sebarkan Semangat Ramadan” Cola-Cola yang boleh didapati di facebook.com/cocacola .

Ucapan yang terkandung kemudiannya akan disampaikan kepada penerima oleh Coca-Cola melalui Facebook, Twitter atau e-mel. Semakin banyak mesej yang dihantar, semakin tinggilah jumlah wang yang akan disumbangkan oleh Coca-Cola untuk membantu projek luar bandar tersebut.

Sumbangan akan disalurkan kepada organisasi kebajikan dan pembangunan, iaitu, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan badan amal pembangunan belia, Raleigh International. Dengan bantuan kewangan dan kerjasama daripada pihak Coca-Cola, kedua-dua organisasi tersebut akan menjalankan projek untuk menyediakan bekalan air bersih dan pembentungan.

“Sifat keprihatinan itu suatu yang amat mulia dan ianya lebih bermakna lagi dengan sebaran rasa kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan. Secebis kata yang tulus dari hati apabila digandakan dengan mesej istimewa juga mampu membantu ribuan penduduk luar bandar di Malaysia,” kata Pengarah Hal Ehwal Awam & Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Encik Kadri Taib.

Berkongsi juadah merupakan satu amalan yang istimewa dan patut digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Selaras dengan itu, Coca-Cola mencipta sebuah botol khas yang boleh mengukirkan nukilan hati dan ucapan khas di atasnya untuk dihadiahkan kepada sahabat handai dan orang tersayang demi menceriakan lagi bulan Ramadhan yang amat bermakna.

Selain itu, Coca-Cola juga memperkenalkan edisi koleksi terhad yang merangkumi 3 pinggan seramik berwarna-warni dengan reka bentuk yang memeriahkan suasana berbuka puasa. Ia ditawarkan secara percuma dengan setiap pembelian empat botol Coca-Cola , Fanta, Sprite atau A&W, 1.5 liter atau 2 liter, dari AEON, Carrefour, Giant, Tesco dan 99 Speedmart.

“Di Malaysia, kita mengamalkan adat membalas jasa baik orang dengan pemberian yang indah dan menarik. Oleh yang demikian, pihak Coca-Cola cuba mendorong para pelanggan untuk menunjukkan penghargaan kepada saudara-mara dan rakan-rakan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan memperkenalkan botol yang boleh dituliskan mesej tersendiri sebagai hadiah yang istimewa,” kata En Kadri.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan tali persaudaraan sempena musim Ramadhan dengan berkongsi sesuatu yang istimewa, dan pada masa yang sama, membawa berkat kepada mereka yang kurang bernasib baik,” tambah beliau.

Mesin Sebarkan Semangat Ramadan Cola-Cola
Kumpulkan pinggan-pinggan edisi terhad sambil berkongsi semangat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Mesin Sebarkan Semangat Ramadan Cola-Cola

Kongsi semangat sepanjang bulan Ramadhan dengan botol khas bertulis daripada Coca-Cola

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Animasi Ummi Ceritalah Pada Kami Bananana TV3

Gambar Anak Zed Zaidi