in ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mesin Layan Diri BOSS VEND

Jam 2 petang ini, Budiey diperkenalkan dengan satu vending machines atau nama mudahnya, mesin layan diri yang menggunakan jenama BOSS VEND.

Kebetulan mesin vending ini diperkenalkan semasa Budiey hadir di Sidang Media Memorandum Perjanjian Usahasama DMH Niaga Sdn Bhd dan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia DPUKM, jadi nak tak nak Budiey nak dedahkan kepada korang semua tentang info tentang vending machine ni. Memang tak rugi untuk tahu info pasal mesin layan diri ni. Mana tahu, korang berminat nak jadi peniaga dan usahawan mesin layan diri ni.

Dmh

Sidang media yang berlangsung di Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd ini disempurnakan oleh wakil oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah tentu bertujuan untuk melahirkan usahawan baru melalui aplikasi teknologi vending machine.

DMH Niaga

Bersempena dengan pelancaran dan juga majlis menandatangani perjanjian ini, terdapat beberapa tujuan pencarian 1001 usahawan vending DPUKM. Antaranya adalah untuk melahirkan usahawan vending machine di bawah DPUKM dan sekaligus memberi peluang kepada usahawan baru menjana pendapatan melalui Vending Machine.

Yang pastinya, menerusi usahasama ini ia akan memudahkan usahawan baru mengurangkan kos-kos operasi perniagaan mereka seperti sewa kedai, pekerja utiliti dan sebagainya. Ia juga membantu memasarkan produk usahawan IKS dan meningkatkan hasil jualan produk IKS.

Apabila ramai di kalangan kita menggunakan vending machine untuk mendapatkan produk, maka ia sudah tentu menjadikan Vending Machine sebagai kemudahan utama untuk pengguna Malaysia mendapatkan produk IKS.

Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, mesin layan diri BOSS VEND akan diletakkan di seluruh hospital di Malaysia. Bukan itu sahaja, mesin layan diri ini akan diletakkan di beberapa tempat di kawasan Technology Park Malaysia.

Dengan BOSS VEND juga, pengguna boleh mengiklankan apa sahaja bentuk promosi dan juga barangan. Dengan itu, usahawan akan mendapat pendapatan sampingan.

Untuk info pembaca, DMH Niaga Sdn Bhd adalah sebuah syarikat incubatee Technology Park Malaysia. Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan DMH Niaga, Datin Natasha bte Dato’ Abdul Rahim dan Presiden DPUKM , Dato’ Seri Abu Hassan Mohd Nor, Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari turut hadir menyaksikan pelancaran program ini.

Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM

Jadi selepas termaktubnya perjanjian usahasama ini, ahli DPUKM sekarang dah boleh menjual prpduk mereka melalui mana-mana vending machine yang ditempatkan di lokasi strategik seluruh Malaysia seperti di hospital, sekolah, asrama dan sebagainya.

Pada masa yang sama bagi sesiapa yang mempunyai vending machine ini dapat membeli produk secara pukal terus dari pengeluar produk IKS. Ini adalah vending machine pertama di Malaysia yang memasarkan prduk IKS di negara ini. Ia menggalakkan ukhuwah dan juga kesatuan usahawan IKS.

Datin Natasha berkata inisiatif kerjasama antara kedua dua pihak bersetuju membantu mencari 1,001 usahawan IKS di kalangan ahli DPUKM untuk memasarkan produk mereka melalui teknologi vending machine yang dibekalkan oleh syarikatnya.

Tahniah buat BOSS VEND yang dilancarkan pada hari ini. Syabas buat semua yang telah terlibat menjayakan usahasama ini. Jadi, selepas ini, untuk membeli produk IKS dah tak jadi masalah lagi selepas vending maching BOSS VEND ada di mana-mana tak kira masa dah boleh shopping barang. Usaha ini harus dipuji kerana ia dapat mendorong DPUKM dan DMH Niaga untuk membantu merangsang pembangunan dan pertumbuhan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Datin Natasha lagi, mereka yakin sokongan dan DPUKM akan menjadi permulaan bagi pembekal tempatan dan IKS untuk menubuhkan jaringan pengedaran dan pemasaran melalui teknologi vending machines.

Antara rangkaian produk boleh dipasarkan melalui mesin layan diri termasuklah minuman panas dan sejuk, makanan dan makanan ringan, jus, peralatan mandian dan pelbagai produk lain.

Pada masa ini, terdapat sembilan jenis mesin. Ciri unik adalah skrin digital pada semua mesinnya. Tidak seperti mesin konvensional, ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan promosi interaktif untuk IKS sendiri.

Untuk info lanjut dan cara bagaimana untuk menjadi usahawan, anda bolehlah menghubungi:

No. Telefon:

+60124774094

+60383226743

atau boleh emel: [email protected]

DMH Niaga

DMH Niaga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama KALIS KASIH Lakonan Mawar Rashid di tonton

Stoned & Co. Lancar Koleksi Pakaian Jalanan Musim Luruh/Sejuk ’17 THE DESCENDANT