Sebelum ini, ramai menyedari keakraban Janna dan Sheila, berikutan sering bekerjasama dalam pelbagai projek. Namun, ramai pemerhati dunia hiburan membuat andaian mereka tidak lagi rapat selepas Sheila memuat naik foto mempromosikan drama bersiri, Leftenan Zana, yang turut dibintangi aktres muda itu.
Entri itu diiringi keterangan berbunyi:
“Kalau rasa nak tengok silakan… Mungkin tidak sehebat yang diharapkan dan tak semudah juga untuk sis (merujuk kepada dirinya selaku penerbit) menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang.”
– Sheila Rusly
Status itu pantas mengundang spekulasi dan biarpun penerbit terbabit tidak menyebut sebarang nama, ramai yang mengaitkannya dengan Janna.
“SAYA sudah pernah minta maaf secara peribadi dengan pihak berkenaan sebelum ini tetapi andai itu tidak mencukupi, sekarang saya mohon maaf secara terbuka pula,”
“SAYA sudah pernah minta maaf secara peribadi dengan pihak berkenaan sebelum ini tetapi andai itu tidak mencukupi, sekarang saya mohon maaf secara terbuka pula,”
– Janna Nick
Janna, 24, ketika ditemui berkata sekiranya tuntutan maaf secara terbuka itu masih tidak mencukupi, jalan terakhir baginya adalah memohon keampunan daripada Allah SWT.
“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam,”
– Janna Nick
Menurut Janna, permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly dilakukan seandainya ada kesilapan yang datang daripada pihaknya yang mengguris perasaan wanita itu.
“Saya seboleh mungkin enggan membuka mulut atau bercakap buruk di depan atau belakang dia (Sheila) yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior dalam industri.
“Saya sebolehnya tidak mahu memberi komen mengenai apa yang sebenarnya berlaku di antara kami. Sebagai anak didiknya, saya sedar banyak terhutang budi dan tak layak buka mulut,”
– Janna Nick
Menurut Janna, apabila ramai yang mengaitkan ‘posting’ yang dimuat naik itu ditujukan kepadanya, dia (Janna) hanya boleh meminta maaf.
Terdahulu, Janna hadir ke majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid petang tadi. Janna berpendapat segala permasalahan yang timbul sepatutnya dibawa berbincang seperti menyelesaikan masalah keluarga dan bukannya menggunakan media atau media sosial.
“Sedih juga bila isu ini terjadi dan saya rasa tak sesuai dikongsi dengan orang ramai sebab kami terlalu rapat.
“Saya rasa orang pun tahu kami rapat macam sebuah keluarga,”
– Janna Nick
Ditanya tidakkah dia pernah cuba bersemuka dengan Sheila, Janna menegaskan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Yelah, kita datang tak diundang, ibaratnya letak kaki kanan salah, letak kaki kiri pun salah,”
– Janna Nick
Mengulas lanjut perkara itu, Janna berkata permasalahan itu bermula ketika penggambaran drama Leftenan Zana.
“Leftenan Zana sebuah cerita yang sangat susah. Cerita yang sangat perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar sebenar.
“Sampaikan bila saya masuk set drama baru, susah untuk saya jayakan babak menangis hingga terpaksa menggunakan pelbagai teknik. Itulah pertama kali dalam karier saya.
“Bila selesai penggambaran, apa saja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak dan hingga kini masih terus mempromosikan drama ini,”
– Janna Nick
Menurut Janna lagi, dia berharap Sheila terbuka hati untuk memaafkannya dan hubungan mereka kembali pulih.
“Saya harap ini adalah kali terakhir saya bercakap mengenai isu ini dan sekiranya saya buat salah, saya minta maaf sekali lagi,”
– Janna Nick
Apa yang kita harapkan semoga persengketaan ini dapat diselesaikan dengan baik. Dunia hiburan di Malaysia ni kecil je, lambat laun berselisih bahu jugak. Tak baik kalau tak bertegur sapa.
Sumber: Harian Metro