in , ,

Mesej Positif Ahli Sukan Terkenal Dalam Dokumentari Inggeris GAME CHANGER

Sukan dan impak positifnya kepada masyarakat dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam 26 episod dokumentari Inggeris bertajuk “Game Changers” mulai 9 November ini, setiap Sabtu, pukul 1.30 petang di TV2.

Program ini dimulakan dengan hos Kevin Frazier menceritakan mengenai para ahli sukan yang terkenal dalam bidang sukan masing-masing dan bagaimana mereka dapat memperkongsikan pengalaman positif, pengetahuan dan membantu masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan komuniti. Seterusnya, selebriti sukan di jemput untuk menceritakan bagaimana imejnya sendiri dan sukannya menjadi perangsang kepada peminat dan masyarakat.

Kevin Frazier memperkenalkan ahli sukan NFL yang terkenal Brandon Marshall yang pernah mengalami ‘personality disorder’ tetapi sanggup membantu individu melalui ceramah, bantuan kewangan dan perkongsian maklumat. Perkongsian bermanafaat bersama-sama ‘pro surfer’, Izzy Paskowitz yang membantu kanak-kanak yang mempunyai ‘autism’ dan ahli sukan muda NBA, Russell Westbrook menggunakan teknologi moden untuk berlatih sukan.

Mesej Positif Ahli Sukan Terkenal Dalam Dokumentari Inggeris GAME CHANGER

Seterusnya ahli sukan NFL terkenal Antonio Brown yang pernah dibuang sekolah dan masalah disiplin sanggup membantu kanak-kanak kampungnya melalui sukan tahunan dan perkongsian maklumat. Juga sikap positif Ezra Frech, 10 tahun dan OKU mengambil bahagian dalam lima jenis sukan, juga tentang sekumpulan mahasiswa yang bertungkus lumus untuk memperkenalkan beberapa permainan video untuk penggunaan tempatan dan penjualan.

Mesej Positif Ahli Sukan Terkenal Dalam Dokumentari Inggeris GAME CHANGER

Memperkenalkan ahli sukan NBA terkenal Vince Carter dari Florida membantu kanak-kanak kurang bernasib baik membuka akademi bola keranjang dan memberi peluang kepada mereka untuk bermain dan berlatih. Hos juga menceritakan kisah pasangan kembar Jason Mc Courty dan Devin Mc Courty dengan sukan NFL, menganjurkan sukan larian beramai-ramai untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak miskin. 

Dalam tajuk ‘Man on a Mission’, tentang ahli sukan NFL terkenal Neiron Ball yang kehilangan ibubapa ketika usia 10 tahun dan terpaksa melalui pembedahan otak sehingga tidak dapat bermain bola sepak selama setahun lebih. Namun beliau berjaya untuk mencapai cita-citanya. Turut diceritakan ahli sukan NBA yang terkenal Matt Barnes yang kehilangan ibunya kerana penyakit kanser. Beliau tidak putus asa dan terus menyerlah dalam sukan NBA disamping melawat pesakit-pesakit kanser di hospital dan terus mewujudkan kesedaran kanser dikalangan remaja. 

Seterusnya dikongsikan kisah pasukan hoki ‘New York Rangers’ yang menganjurkan pertandingan boling kepada kanak-kanak yang kurang upaya dan miskin, berjaya dalam cita-citanya dengan konsep ‘Garden of Dreams”.

Dokumentari sama turut berkongsi kesungguhan mental, tidak putus asa dan keberanian Jake Olson yang kehilangan dua mata semasa kecil kerana kanser tetapi semangat tinggi dan kecintaan sukan, mendorong beliau berjaya dalam pasukan sukan bolasepak USC. Seterusnya, hos menceritakan pada masa kini, ramai jurutera wanita terlibat dengan teknologi terkini dalam animasi, berusaha untuk bantu para ahli sukan NFL dan NBA bagi meningkatkan prestasi yang cemerlang.

Mesej positif dibawakan dalam episod memperkenalkan ahli sukan veteran NFL, Chris Long menganjurkan program komuniti di luar bandar di Afrika dengan menyediakan kemudahan minuman air untuk kebaikkan 7,000 orang penduduknya. Hos juga menceritakan tentang Zach Randolph yang setiap bulan meluangkan masa dengan kanak-kanak di sekolah untuk menggalakkan mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. 

Tajuk ‘Brotherly Love’ membawa kisah Brandin Cooks yang berjaya dalam kariernya dengan sokongan dan bantuan dari keluarganya. Setiap bulan beliau mengaturkan permainan boling untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan meluangkan masa dengan mereka disamping memberi sokongan moral untuk mencapai cita-cita mereka.

Episod akhir ‘Leaders of the Pack’ memperkenalkan ahli sukan NBA terkenal Victor Oladipo menganjurkan program komuniti ‘Hoops for Troops’ dengan kerjasama tentera Amerika Syarikat untuk kanak-kanak yang kurang nasib baik dengan bekalan makanan dan meluangkan masa dengan mereka. Sementara itu ahli sukan NFL, Michael Bennett menganjurkan beberapa program sukan termasuk kempen mengenai obesiti untuk komunitinya seperti senaman pagi, makanan yang sihat dan melibatkan ahli keluarga dalam aktivitinya. Begitu juga Draymond Green membantu komunitinya dengan menganjurkan ‘carrier guideline workshop’ untuk belia dan memberi bantuan kewangan kepada sekolah. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gema Raudah, Hiburan Khas Maulidur Rasul Gabungkan Legenda Nasyid Terkenal

Konsert Gegar Vaganza Trending di Youtube Malaysia