Bad menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7:30 malam tadi di tempat kerjanya di bengkel kereta di Ampang.
Menjengah ke media sosial Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah itu, perkongsian terakhir dibuatnya di Instagram adalah tiga hari lepas.
Menerusi perkongsian tersebut, Bad memuat naik sebuah video yang memaparkan dia memberi pesanan kepada semua.
Ternyata pesanan tersebut adalah pesanan terakhir yang dibuat kepada semua melalui media sosialnya.
Sementara itu, jenazah Allahyarham Bad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.
Untuk rekod, Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun jodoh tidak panjang.
Mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun 2022 tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.